Semasa saya kecil, saya sentiasa memaksa ayah agar mencukur janggut beliau, kerana tidak selesa dengan rasa kasar pipi beliau. Namun pada usia tersebut, saya tidak memahami apakah erti janggut dan misai pada seorang lelaki. Cuma saya tahu dahi saya cukup sakit terkena janggut beliau.
Pada pendapat para jejaka pula, janggut serta misai
mereka bukanlah alat senjata untuk menyeksa. Malah, janggut dan misai
mereka adalah symbol kelelakian (mereka turut katakan perkara sama
tentang bulu dada, namun sehingga kini saya masih tidak memahami dimana
relevan fakta ini).
Maka apabila anda menyuruh seorang jejaka
untuk mencukur misai dan janggut beliau - sesuatu yang saya kerap kali
memberitahu kepada hampir kesemua kenalan saya- ia seolah menyuruh
beliau menjalani pembedahan vasektomi dan menyerahkan kelelakian beliau.
Misai dan janggut merupakan isu yang sangat subjektif, ada
yang suka dan ada yang tidak. Sebagai permulaan, ia bergantung kepada
gaya peribadi dan cara seorang jejaka merias diri beliau. Di sini
tersenarai beberapa gaya misai dan janggut pada jejaka, apa yang kami
rasa dan samada anda harus menyimpan atau lebih wajar mencukurnya.
Janggut Penuh
Janggut Penuh
Ya,
inilah janggut yang memberikan kenangan buruk kepada dahi saya, namun
digemari oleh para jejaka. Janggut penuh tidaklah seteruk mana seperti
yang dilihat pada George Clooney. Terutamanya jika anda pandai
menjaganya dan tidak membiarkan ia tumbuh seperti hutan (nota: Sacha
Baron Cohen, tolong cukur janggut anda)
Goatee
Goatee
Gaya
ini memerlukan penjagaan rapi. Jika tidak, berhati-hatilah kerana anda
pasti kelihatan seperti kambing. Satu lagi perkara yang perlu diingat
adalah jangan cuba goatee berpotongan segi tiga.
Stubble
Stubble
Pada pendapat saya, gaya ini sangat seksi. Ia tidak serabut dan memberikan gaya rugged dan berbahaya.
Jambang
Satu-satunya
lelaki yang miliki jambang yang disetujui sangat bergaya di mata wanita
seluruh dunia adalah Hugh Jackman. Beliau merupakan sebab mengapa
jambang mampu kelihatan menarik, terutamanya kerana Elvis Presley
menyebabkan jambang kelihatan menakutkan. Pastikan jambang anda terjaga
dengan razor elektrik untuk kelihatan sehebat Jackman.
Kumis
Bradley
Cooper merupakan seorang lelaki yang sangat tampan. Saya akui jatuh
cinta pandang pertama tatkala menonton lakonan beliau sebagai seorang
suami yang menduakan isteri beliau dalam filem ‘He’s Just Not That Into
You’. Namun saat beliau menyimpan kumis, hancurlah perasaan cinta
tersebut. Sekiranya kumis serasi dengan wajah anda, apa salahnya. Tetapi
bagi saya, tolonglah, Bradley Cooper, cukurlah kumis anda. Dan jangan
cuba kumis ala Charlie Chaplin!
Handlebar Stache
Handlebar Stache
Cukur Bersih
Bijak,
bergaya dan segar- tiga perkataan yang mentakrifkan gaya ini. Selain
itu, gaya ini mampu membuatkan seorang lelaki kelihatan jauh lebih muda
berbanding usia sebenar kerana akhirnya kami boleh melihat wajah anda
yang begitu kacak, contohnya seperti pemain bola sepak dari Netherlands,
Gregory Van der Wiel.
Dengan itu, persoalannya adalah: untuk cukur atau simpan misai mahupun janggut. Ya, anda miliki perwatakan anda dan tidak boleh dipaksa menjadi Gregory Van der Wiel (walaupun wanita seluruh dunia idamkan jejaka seperti Gregory). Simpanlah gaya yang serasi dengan personaliti, rupa dan penjagaan anda yang tersendiri. Yang penting, anda selesa dan yakin dengan gaya anda. Asalkan jangan bergaya seperti The Dictator sudahlah.
Dengan itu, persoalannya adalah: untuk cukur atau simpan misai mahupun janggut. Ya, anda miliki perwatakan anda dan tidak boleh dipaksa menjadi Gregory Van der Wiel (walaupun wanita seluruh dunia idamkan jejaka seperti Gregory). Simpanlah gaya yang serasi dengan personaliti, rupa dan penjagaan anda yang tersendiri. Yang penting, anda selesa dan yakin dengan gaya anda. Asalkan jangan bergaya seperti The Dictator sudahlah.
Oleh Penulis: Atiqa Juana