Seramai 17 orang ditahan di Britain, Perancis, Itali, Sepanyol dan
Belanda atas dakwaan terlibat dengan sindiket pornografi kanak-kanak
secara dalam talian, menurut Agensi Pengawasan Europol, kelmarin.
Agensi berpusat di The Hague itu melaporkan seramai 37 suspek sindiket tersebut telah dikenal pasti menerusi siasatan sejak lebih setahun lalu.
Agensi berpusat di The Hague itu melaporkan seramai 37 suspek sindiket tersebut telah dikenal pasti menerusi siasatan sejak lebih setahun lalu.
Jurucakap Europol, Soren Pedersen berkata, penahanan kesemua suspek berjaya dilakukan di bawah Operation Atlantic yang dijalankan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dengan kerjasama beberapa negara di rantau Eropah.