Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memulakan siasatan
kemenangan luar biasa 10-0 Bahrain ke atas Indonesia dalam saingan
kelayakan Piala Dunia zon Asia.
Kemenangan besar itu dilihat mencurigakan kerana Bahrain memerlukan
sembilan gol defisit untuk mengatasi kedudukan Qatar yang perlu tewas
kepada Iran dalam satu lagi perlawanan jika mahu melangkah ke pusingan
seterusnya.
Namun, Qatar berjaya meraih keputusan seri 2-2 dengan Iran dan
menempah laluan ke pusingan akhir kelayakan selaku naib juara kumpulan.
''Keselamatan FIFA akan mengadakan pemeriksaan rutin biasa mengenai
perlawanan itu dan keputusan antara kedua-dua pasukan. Perkara paling
penting adalah jika ada sebarang keraguan, anda perlu menyiasat.
''Ia mungkin satu kebetulan namun mungkin ada sesuatu di sebalik
keputusan perlawanan itu. Mengatur keputusan perlawanan adalah satu isu
yang perlu diselesaikan secepat mungkin.