Sudahlah gagal merampas kejuaraan All England
gara-gara dilayangkan kad merah minggu lalu, nasib beregu utama negara, Koo
Kien Keat-Tan Boon Heong bertambah malang apabila terus mengalami kejatuhan
pada ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan semalam.
Biarpun mula menunjukkan pemulihan prestasi,
termasuk mengalahkan pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong buat
kali pertama pada kelayakan Piala Thomas di Macau bulan lalu, ia tidak dapat
mengelakkan beregu utama Malaysia itu daripada mengalami kejatuhan dua anak
tangga.
Kien Keat-Boon Heong kini merudum ke ranking
kelapan dunia, kejatuhan yang berpunca daripada penyingkiran mereka kepada
pasangan bukan pilihan dari China, Hong Wei-Shen Ye 21-12, 17-21, 20-22 pada
pusingan kedua All England.