Seorang bayi berusia 15 bulan yang baru belajar berjalan, mati lemas
di Sungai Kuala Besar, berhampiran rumah keluarganya Kampung Pantai Mek
Mas, di sini, selepas keluar dari rumah seorang diri tanpa disedari
ibunya yang sibuk membasuh pakaian, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Nik Mohamad Iqbal Hazim
Nik Roslan yang baru boleh berjalan sejak dua bulan lalu, dikatakan
keluar melalui pintu depan rumah sebelum mayatnya ditemui terapung di
sungai yang terletak kira-kira lima meter dari rumah.
Ibunya, Lini Abdullah, 27, berkata ketika kejadian, dia membasuh
pakaian di bilik air, anak kedua, Nik Mohamad Ikram Amir, 9, turut
berada di dalam rumah manakala anak sulung, Nik Nadia Izzati, 10,
bermain di luar.
“Apabila selesai membasuh, baru saya sedar kehilangan Iqbal dan segera mencarinya di sekitar kawasan rumah hingga ke rumah sepupu, tetapi gagal menemuinya.
“Apabila selesai membasuh, baru saya sedar kehilangan Iqbal dan segera mencarinya di sekitar kawasan rumah hingga ke rumah sepupu, tetapi gagal menemuinya.
“Selepas 15 minit mencari, saya ke sungai dan terkejut apabila mendapati mayat bayi terapung di permukaan air. Saya terus meluru dan mengangkat mayat itu. Luluhnya hati saya apabila mendapati ia memang jasad anak saya,” katanya.