Secara logiknya, manusia dicipta dan dijadikan oleh
Allah S.W.T bersama dengan sifat-sifat dan sikap-sikap yang baik. So, tidak
hairanlah pembaca begitu menyukai akan kekemasan dan kebersihan tak kiralah ia
mengenai tempat tidur ke, tempat makan ke, kawasan rumah ke, pendek kata
manusia sukakan kekemasan dan kebersihan.
Eh, ape kena-mengena pula dengan blog? Cuba korang
bayangkan yang anda ni seorang yang begitu mementingkan kekemasan. Apa yang
korang akan kata dan rasa apabila mengunjungi blog yang tak kemas? Jap, blog
yang tak kemas? Eh, tak faham lah. Silakan terus membaca...!
Blog yang tak kemas adalah blog seperti ini:-
Mempunyai iklan yang banyak.
Kalau boleh semua iklan dia nak letak.
Kadang-kadang Nuffnang, Advertlets, Google Adsense, Manga, Iklan berbayar dan
macam-macam iklan lagi. Dah lah banyak ikan, reka letak pula tak kemas. Atas,
bawah, tepi boleh dikatakan semua tempat dia nak letak. Satu tips macam mana
kita nak jana pendapatan, sila letak hanya satu iklan dari satu syarikat pengiklan
sahaja. Sebagai contoh, setiap blogger ada caranya sendiri. Ada yang sukakan
Nuffnang da nada juga yang sukakan Advertlets. Bagi
Nuffnang, salah satu syarat
yang membolehkan blogger mendapat bayaran dan mendapat status Glitterati adalah
dengan hanya meletakkan
IKLAN NUFFNANG sahaja dalam blog. Bukannya Nuffnang
letak, Advertlets pun letak.
Widget yang terlalu banyak.
Perkara ni, memang selalu dibuat oleh blogger baru.
Macam saya dulu lah. Semua widget kalau boleh saya/ korang nak letak. Widget
jam, ikan, Feedjit dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan semua, meletakkan
widget-widget seperti itu hanyalah menyumbang kepada beratnya blog anda. Tahu
tak kenapa pembaca tak nak masuk blog anda? Salah satu sebabnya adalah berat.
Memerlukan bandwith internet yang tinggi disamping “loading” page yang lambat.
Dahlah broadband Maxis, Celcom ataupun DiGi 1.5GB je sebulan. Kerana blog yang
seekor ni, kuota 1.5GB tu tak sampai seminggu dah habis.
Dahlah widget banyak, reka letak pula tak tersusun.Ini
akan menyebabkan Blog anda tak kemas dan mengundang “kemarahan” dan umpatan
dari rakan-rakan blogger yang lain.
Warna blog yang pelbagai, ada lampu lip-lap dan
salji buah-buahan tempatan.
Haaaa yang ni orang pompuan sukalah. Lebih-lebih
lagi pada mereka-mereka yang sukakan warna pink. Begitu juga dengan blogger
yang suka menghias. Adik, kakak dan Cik Abang (spesel kes), bila anda buat blog
anda macam sarkas ataupun tadika, walaupun pada kamu cantik giler (giler pun
tak cantik macam tu) tapi ianya pasti akan mengundang caci maki orang lain.
Memanglah itu blog kamu, tetapi kalau kamu tetap teruskan keadaan macam tu,
rasanya pembaca kamu akan lari meninggalkan blog kamu.
Begitu juga dengan blog yang ada salji. Tak kira
lah salji buah-buahan tempatan ke eropah ke. Please sangat-sangat sila ubah
blog anda sebelum blog anda di kritik hebat. Kadang-kadang ada blog tu, tang
tetikus ada benda yang “ikut”..memang pantang saya masuk blog macam ni. Tak
KEMAS!
Pilihan tulisan yang pelbagai.
Haa ni satu lagi kes yang menyebabkan blog anda tak
kemas. Ada sesetengah blogger suka sangat ubah tulisan. Bahagian tajuk artikel
FONT jenis Tahoma, bahagian artikel font jenis Monotype Corsiva dan pada
ruangan sidebar pula gunakan Font Calibri + Arial + Vivaldi + Chopin Script dan
macam-macam lagi. Walaupun pada korang kemas, tapi sebenarnya tak!
Kepada yang terasa dengan teguran saya, minta maaf
yer. Yang terasa tu maafkan sangat-sangat. Bukan niat untuk mengata tapi Cuma niat
untuk menegur. Saya pun budak baru belajar. Kalau nak ikut tips ni ikutlah. Tak
nak ikut sudah.
Sebelum tu meh kita tengok sikit beberapa blog kemas:-
http://www.eqbalzack.com/
http://denaihati.com/
Silakan menerjah dan tengok macam mana blog mereka. Kemas kan? Selamat Mencuba..dan selamat berblog!