Dewasa ini ramai diantara ibubapa yang mengenakan hantaran yang begitu membebankan yang terpaksa ditanggung pihak lelaki..pernah suatu ketika, kawan sepermainan (gehtooo) saya dulu ingin berkahwin dengan seorang wanita pilihan beliau yang berbangsa Murut (Sabah) dikenakan hantaran sebanyak RM30,000.00..mak aih..dahlah kawan saya tu tak bekerja (pada ketika itu), dahlah keluarga pun tak seberapa, petani dan pekebun..sekarang dia dah bekerja sebagai pemandu teksi (dah kawen dah pun dengan wanita tu)..tapi wajarkah hantaran sebanyak itu?
Lepas kawen nak makan ape lepas dah bagi hantaran RM30,000.00? Makan batu kot..pernah juga seorang kawan terpaksa menangguhkan perkahwinannya apabila ayah wanita terbabit juga meminta RM30,000.00 sebagai wang hantaran..dan pada ketika itu, kawan saya itu terpaksa membayar secara ansuran sehingga cukup RM30,000.00..perlu ke?
Tapi bakal isteri dia tu memang kaw, kaw lah comel dan cantiknya..hehehehe..Kadang-kadang ada ibubapa yang mengenakan hantaran berdasarkan kelulusan anak daranya..perlu ke? kalau pandai setinggi mana pun tapi tak pandai masak, tak pandai basuh kain, tak solat atau tak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri tak boleh jugak kan..so hantaran tu biarlah berpada-pada yer..Oklah lupakan sal tu, kita tengok skit ciri-ciri wanita hantaran RM10,000.00 yang sebenar macam mana..
1: Solat tidak tinggal
2: Menutup Aurat
3: Tidak pernah couple
4: Jaga tingkahlaku
5: Pandai mengaji
6: Tahu hukum agama
7: Hafal quran
8: Pandai memasak
9: Pandai menjahit
10: ?? anda tambah sendiri