BAIK depan kamera mahupun dalam kehidupan nyata, pelakon Emma Watson memang dikenali sebagai seorang yang baik dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah. Namun baru-baru ini kelibat pelakon Harry Potter itu dilihat berada di Penjara Lynwood yang terletak di Los Angeles dan kehadirannya di situ telah menimbulkan tanda tanya kepada ramai pihak.
Bagaimanapun pelakon itu sebenarnya bukanlah dihukum kerana melakukan kesalahan sehingga dipenjarakan sebaliknya berada di situ untuk penggambaran filem terbarunya yang berjudul The Bling Bling.
Emma yang melakonkan watak seorang gadis bermasalah bernama Nicki telah ditahan di penjara kerana memecah masuk ke rumah seorang selebriti. Uniknya, penjara yang menjadi lokasi penggambaran untuk filem itu telah banyak menahan artis kerana melakukan pelbagai kesalahan jenayah seperti Lindsay Lohan, Paris Hilton dan Nicole Ritchie.
Filem The Bling Bling dihasilkan berdasarkan kisah nyata yang terjadi antara Oktober 2008 hingga Ogos 2009 lalu.
Ia berkisar tentang sekumpulan remaja yang merompak beberapa rumah artis terkenal seperti Orlandi Bloom, Megan Fox, Ashley Tisdale dan lain-lain.