Edisi Terkini! Alhamdulillah, Kes Cerai Selesai, Saya Harap Supaya Tiada Cerita Buruk Selepas Ini - Penjelasan Sabrina Yusof!

Oleh Kaki Wayang on


“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai,” kata Sabrina Yusof, bekas isteri penyerang Harimau Malaya, Safee Sali selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini, membenarkan permohonan pasangan itu untuk bercerai secara baik, semalam.

Sabrina, 30, ketika ditemui sejurus selesai prosiding tertutup itu berkata, dia mengharapkan perceraian itu menutup segala spekulasi berhubung kemelut rumah tangganya.

“Ini kenyataan pertama daripada (mulut) saya. Saya harap supaya tiada cerita buruk selepas ini,” katanya yang berasal dari Kuching.

Menurutnya, meskipun tidak hidup bersama lagi, dia dan bekas suami sudah berjanji untuk mengutamakan kebajikan anak mereka.

Hubungan saya dengan Safee akan kekal baik. Lagipun kami memiliki dua anak (Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nursyasya Safirna, 2). Kami kena jaga perasaan mereka.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Dunia familyku said...

BAKPE NAK CERAI. KAN SAFEE TU KAYA RAYA, RUGI BETUL...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...