PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Sengal! Mati akibat FACEBOOK!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiP1pHF27V-1mGG0tLZPwAupLmpdiu9ZyJ4YJW1RXGUoVYREHDfiQmU08MzVzh5OuZNCq-NDw3aq5W-L5jClcGh-meM17NifWyg6FPfD-I12W8WXQ7aoKt38Wusf7Qed5qG8bQC-7s6eVE/s400/facebook-wrong.jpg

Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin. 

http://www.ahmadhumaizi.com/facebook.jpg
Kredit Pic: ahmadhumaizi

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.

Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahun tidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka. 

P/s: Mmmmmm patutlah dibelasah..mengutuk rupanya..kepada kengkawan semua..berhati-hatilah yer..dalam berblogging pown hati-hati..jangan sampai tersalah fakta..kang padah jawabnya..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Mati akibat FACEBOOK!

Betol-betol Sedih! Meriah sekejap, merana seumur hidup

Oleh Kaki Wayang on

Foto 
KERATAN muka depan Berita Harian, Ramadan tahun lalu.

“Sampai sekarang, saya menyesal dengan apa yang berlaku hingga saya cacat. Saya menasihatkan jangan sesekali terbabit dengan mercun, sebab meriahnya hanya sekejap tetapi lepas itu, kita boleh merana seumur hidup. 
 “Apapun, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang bernafas dan menginsafi kesilapan lalu. Saya tidak akan mengulanginya kerana sudah kesal dan insaf," kata Mohd Asrizan Muda, 24, yang hancur kaki kanan dalam letupan di rumah tinggal di Kampung Makam Lama, di sini, yang percayai dijadikan gudang menyimpan mercun dan bunga api, awal Ramadan tahun lalu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Meriahsekejap_meranaseumurhidup/pix_gal2
MOHD ASRIZAN menggunakan kaki palsu akibat terkena serpihan mercun tahun lalu

Kejadian tragis itu bukan saja menyebabkan kaki kudung selain beberapa kecederaan di anggota badan, tetapi lebih menyayat hati, seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang juga anak rakannya, Khairul Arief Ayub, maut dan mayatnya melambung tersangkut setinggi 15 meter di atas pokok dengan kepalanya hancur.

Tragedi berdarah pada 12 Ramadan tahun lalu turut mencederakan seorang lagi rakannya, Mazlan Abdullah, 30, yang cedera di mata, muka dan badan selepas stok mercun dan bunga api di rumah tinggal itu meletup sehingga dentumannya boleh didengari sejauh empat kilometer.

Mohd Asrizan yang lebih dikenali sebagai Botak di kalangan penduduk kampung berkata, Ramadan kali ini mengingatkannya dengan kejadian itu yang menyebabkannya koma tiga bulan dan terlantar di hospital, sehingga lehernya ditebuk untuk membolehkannya bernafas kerana keadaannya kritikal ketika itu.

"Selepas sedar daripada koma, saya sedih melihat kaki kanan kudung. Hanya Allah tahu pilunya perasaan saya melihat kaki kanan dipotong bermula dari bawah lutut, selain cedera teruk di kaki kiri. Saya kini, terpaksa menggunakan kaki palsu manakala kaki kiri pula sakit dan tidak boleh berdiri lama kerana buku lali beralih ke tapak kaki. "Saya bagaikan mati hidup semula. Walaupun kesal, ia tidak mampu mengubah masa lalu dan berharap, ia menjadi pengajaran kepada orang lain kerana selagi tidak kena, kita tidak serik.

"Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, pasti ramai menjual dan bermain mercun kononnya memeriahkan perayaan tetapi perlu beringat kerana menyesal kemudian tidak berguna," katanya ditemui di Kampung Seberang Baruh di sini.

Beliau kini banyak membantu ibunya menjahit di rumah sebagai punca pendapatan, selain berbasikal mengelilingi kampung untuk membiasakan pergerakan kakinya.

Sumber: BHARIAN

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sedih! Meriah sekejap, merana seumur hidup

Betol-betol Sengal! Budak-budak dipaksa BOTAK!

Oleh Kaki Wayang on

SYED AMIRUL KHIR SYED KHAIDIR (kiri) menunjukkan kesan lebam 
di tengkuknya ketika menyertai kem motivasi  di Penjara Kluang kelmarin. 

Sekumpulan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru UDA, mengharungi pengalaman mengerikan apabila mendakwa didera petugas program selepas menyertai kem motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang mulai petang Jumaat hingga kelmarin. Mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma. 

Lebih mengejutkan, pelajar mendakwa dua guru pengiring kumpulan pelajar yang dipilih atas alasan mempunyai masalah disiplin ponteng sekolah dan kelas, merokok serta terbabit dengan pergaduhan hanya mentertawakan tindakan wadar ke atas mereka. 


Sehubungan itu, 20 ibu bapa bersama anak mereka membuat pendedahan mengenai kem motivasi ala banduan itu di Dewan UMNO di Taman Skudai Kanan Bandar Baru UDA di sini, semalam.

Pelajar, Mohd Rafsanjani Mohd Rafi, 16, mendakwa mereka hanya mengetahui dihantar ke penjara Jumaat lalu apabila bas Penjara Kluang menanti di pekarangan sekolah kerana sebelum itu diberitahu mengikuti kem motivasi anjuran syarikat perunding di Kluang.

Katanya, sebaik sampai di penjara terbabit beliau bersama 32 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4, diarah menyerahkan semua barangan peribadi termasuk telefon bimbit serta pakaian sebelum rambut mereka digunting pendek dan diarah memakai baju lokap.

“Pada malam itu, kami mengikuti kursus motivasi sebelum diberitahu akan melihat sendiri banduan dalam penjara pada pagi esoknya (Sabtu). Bagaimanapun, pada pagi Sabtu kami dibahagikan lima orang dalam satu kumpulan sebelum dimasukkan ke dalam bilik dan dipukul dengan cota, dicekik serta pelbagai lagi kekasaran dilakukan wadar yang menjalankan program ini,” katanya.

Mohd Rafsanjani berkata, sepanjang malam, mereka hanya tidur tiga jam, selain diberikan makanan seperti banduan hingga menyebabkan ada pelajar menangis kerana tidak tahan dengan tindakan wadar penjara itu.

Sumber: BHARIAN

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Budak-budak dipaksa BOTAK!

Segmen RAMADHAN #: Sahur di kala budak ..

Oleh Kaki Wayang on



CERITA KU..Puasa?mmm pengalaman aku sebenarnya macam tak berapa best nak cite..hehe..sebab macam tak happy je jalan cerita tu..cumanya aku masih ingat..aku nak citer yang aku ingat je k..sebab dah berpuluh-puluh tahun dah..so dah tak ingat dah..ok ceritanya..aku rasa aku mula berpuasa secara serius (means berpuasa penuh sehari) adalah ketika mana aku berumur 12 tahun..11 tahun ke bawah aku rasa aku puasa jugak tapi sokmo tinggal..legi banyak yang tinggal dari yang puasa..dan dulu aku sering curi-curi makan..sebab tak tahan lah katakana..tapi tu masa kecik je tau..dan pernah sekali aku cabut gigi time kecik-kecik..so, tak dapat nak berpuasa 2 hari..

Masuk je form 1..sikap aku masih jugak tak berubah..kadang-kadang puasa, kadang-kadang tak..tapi kali ini lebih serius berbanding dahulu..bilangan puasa itu lebih banyak berbanding yang ponteng..dah masuk form 2 aku dah mula serius berpuasa penuh sebulan dengan seriusnya..sume serius..dan sampailah sekarang..kat tempat kerja aku digelar Ustaz Azri dan Bilal Azri..bila g masjid sume orang panggil aku bilal muda..tapi muka tak macam ustaz pun..rambut terpacak dengan megahnya atas kepala..

Balik ke tajuk utama..pernah sekali dalam setahun aku berpuasa 3 bulan secara berturut-turut..Bulan Rejab, Bulan Sya’aban dan Bulan Ramadhan..berat badan perghhhh turun 10 kilogram..nikmat bagi setiap bulan itu berlainan..sangat best..aku ni jenis kalau berpuasa still boleh bermain bola (sukan bolasepak paling diminati – Wakillah katakan) sementara menunggu waktu berbuka..sampai kekadang terlepas waktu berbuka (jangan buka lambat-lambat tau) ni pesan Ustaz Azri..hahahaha..

Makanan aku paling suka sewaktu kecil..tak ingat dah..Cuma aku suka makan nasi..especially nasi putih..nasi jenis lain tak berape suka..nasi yang ada lampu lip lap pun tak suka..kalau kat kampong biasanya aku makan nasi berlaukkan “Chicken Wing” (gelaran sejenis makanan kat Sabah)..itu je tiap hari makan pun tak pe..ikan bakar pun suka jugak..tapi bila duk semenanjung ni..minat aku dah bertukar..aku suka berbuka dengan Nasi (tetap tak tukar) lauk gulai tempoyak, ikan patin tenpoyak, masak lemak cili api, kurma, dan macam-macam lagilah..

Sahur? Mmmm perkala yang pada mulanya aku paling tak suka sekali sebab menggangu tidurku itew (disaat bermimpi bidadari tetiba tidurku diganggu) sentap!!! Tapi itu dulu..sekarang..melompat kegirangan..Alhamdulillah ada jugak rezeki nak bersahur..ontah-ontah kat Negara Afrika nak bersahur pown belom tentu dapat..sedih sangat..kan?..biasanya time sahur aku makan sikit je..aku Cuma pentingkan air je..sebelom Azan Subuh berkumandang aku akan minum sebanyak mungkin..hehehehe

Itu je kot..nanti kalau ingat..aku updatekan lagi occay..selamat membaca dengan jayanya..

Sila baca selanjutnyaSegmen RAMADHAN #: Sahur di kala budak ..

SEGMEN MENAMBAH FOLLOWER: Saya Blogger Lelaki

Oleh Kaki Wayang on

Sila baca selanjutnyaSEGMEN MENAMBAH FOLLOWER: Saya Blogger Lelaki
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...