Betol-betol Sengal! Mati akibat FACEBOOK!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiP1pHF27V-1mGG0tLZPwAupLmpdiu9ZyJ4YJW1RXGUoVYREHDfiQmU08MzVzh5OuZNCq-NDw3aq5W-L5jClcGh-meM17NifWyg6FPfD-I12W8WXQ7aoKt38Wusf7Qed5qG8bQC-7s6eVE/s400/facebook-wrong.jpg

Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin. 

http://www.ahmadhumaizi.com/facebook.jpg
Kredit Pic: ahmadhumaizi

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.

Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahun tidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka. 

P/s: Mmmmmm patutlah dibelasah..mengutuk rupanya..kepada kengkawan semua..berhati-hatilah yer..dalam berblogging pown hati-hati..jangan sampai tersalah fakta..kang padah jawabnya..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...