Dan atas dasar ingin memberikan penghargaan kepada pembaca-pembaca Blog Betol-betol Hangat! Selain Kad Raya..DUIT RAYA juga akan diberikan kepada peserta yang bertuah..ingat yang BERTUAH sahaja k..dan dikalangan yang join segmen sahaja..
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Kad Raya dah Siap Sedia untuk dihantar!!!
Oleh Kaki Wayang on
Alhamdulillah..sambutan yang agak menggalakkan dari kengkawan blogger semua..So, kepada yang dah join Segmen: Saya nak Kad Raya dari Kaki Wayang tempohari..anda kini sudah boleh berkira-kira untuk menunggu sampainya Kad Raya special khas dari Kaki Wayang untuk anda semua...
So, kepada yang nak join tu, sila terus ke SINI..dan ikut arahan yang telah diberikan..yang dah join tu..tunggu jelah kad raya anda yer..ketika ini BBH (Betol-betol Hangat!) kini sedang memperkemaskinikan kad raya anda semua..minggu depan Kad Raya anda akan dihantar ke alamat yang korang telah berikan..
Dan atas dasar ingin memberikan penghargaan kepada pembaca-pembaca Blog Betol-betol Hangat! Selain Kad Raya..DUIT RAYA juga akan diberikan kepada peserta yang bertuah..ingat yang BERTUAH sahaja k..dan dikalangan yang join segmen sahaja..
Dan atas dasar ingin memberikan penghargaan kepada pembaca-pembaca Blog Betol-betol Hangat! Selain Kad Raya..DUIT RAYA juga akan diberikan kepada peserta yang bertuah..ingat yang BERTUAH sahaja k..dan dikalangan yang join segmen sahaja..
Betol-betol Hangat! Mamat kahwin tahun depan?
Oleh Kaki Wayang on
ANGGOTA kumpulan Sepah, Mamat yang kini sedang menjalin hubungan intim bersama pelakon baru, Fida tidak menolak jika ditakdirkan ditemukan jodoh dengan pasangannya itu pada tahun depan. Mamat atau Mohd Noor Murad, 26, berkata, dia bukan sahaja tidak menolak soal jodoh, sebaliknya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa dalam sebuah keluarga.
"Bagi saya jodoh ditentukan Allah. Kalau ditakdirkan tahun depan jodoh dah sampai, saya akan terimanya dengan hati terbuka. Saya sedia menerima ketentuan itu walaupun saya sedar ia satu tanggungjawab yang amat berat. "Bukannya senang mahu memikul tanggungjawab sebagai suami. Berkahwin bukan untuk hidup berdua sahaja tetapi juga soal keluarga kedua belah pihak dan juga anak-anak. "Apa pun, saya memang sudah bersedia berkahwin. Selepas berkenalan dengan Fida saya dapati ada keserasian antara kami berdua walaupun karakter kami yang agak berbeza. Saya seorang yang 'gila-gila' dan dia pula sopan santun orangnya.
"Saya rasa perbezaan itulah yang boleh 'menyeimbangkan' perhubungan kami. Malah, sehingga kini pun kami masih mengenali hati budi masing-masing," katanya kepada Hits sewaktu dihubungi kelmarin.
Menurut pelawak berasal dari Kampung Kulai, Johor ini, kesediaannya untuk mendirikan rumahtangga bukanlah perkara baru, sebaliknya sebelum dia berkenalan dengan Fida. Jelas Mamat, sebelum berkenalan dengan Fida dia pernah berkawan rapat dengan penyanyi dan bassis kumpulan rock, Butterfly iaitu Nor Adha atau lebih dikenali sebagai Ada.
Bagaimanapun katanya, hubungan selama sembilan bulan yang dirancang untuk ke gerbang perkahwinan terputus di tengah jalan kerana tiada persefahaman lagi di antara mereka.
P/s: Sama-samalah kita doakan kebahagian mereka yer...amin..
Betol-betol Sedih! Awal-awal pagi dah buat aku menangis!
Oleh Kaki Wayang on
Macam biasalah aku kalau pagi-pagi akan berblogwalking dulu..nak mencari idea nak buat entri kat blog..kemudian terpandang sesuatu..aku terkilan, kecewa, marah, geram, nak je aku luahkan kata-kata paling DURJANA kepada mereka yang melakukan perkara ini..nasib baik puasa dapatlah aku control sikit kemarahan ku..namun begitu..aku tak mampu untuk menahan airmata dari keluar tatkala melihat gambar-gambar bayi dibuang..aku tak boleh nak bayangkan seandainya bayi itu masi hidup dan dibuang ke dalam air..bagaimana agaknya dia nak bernafas untuk mendapatkan udara? walhal dia tidak mengetahui yang dia akan lemas sebentar lagi..
Apa agaknya yang kita akan rasa apabila bayi ini dibuang dilongkang, di sungai, dan di mana sahaja..tidak kah mereka sakit? bagaimana pula kalau sekiranya bayi itu masih hidup sewaktu dibuang? Semut kemudian menghurunginya kemudian mengigit dan binatang buas yang datang mengigit tangan, badannya? tidakkah korang rasa akan kesakitannya? Ya Allah...terasa pilu hati ini memandang bayi yang tak berdosa diperlakukan sedemikian rupa..
Kredit pic: MACAM INILAH KITA
P/s: Awal-awal pagi lagi dah wat aku menitiskan airmata..emosi aku pagi ni melihat bayi yang tak berdosa ini..comel-comel pula tu..baik bagi aku je..aku jaga..sungguh kejam dan layak dipanggil binatang bagi yang melakukan kerja terkutuk ini..sudah terlanjur (satu dosa) buang bayi pula (lagi berdosa) pastu bayi tu meninggal (lagilah berdosa)...
Betol-betol Sengal! Aktor kencing dalam kabin: Penerbangan tergendala dua jam
Oleh Kaki Wayang on
Bintang filem Perancis, Gerard Depardieu, kencing di tempat duduk penumpang kapal terbang apabila mendapati tandas pesawat berkenaan ditutup, kata sumber, semalam. Katanya, aktor berusia 63 tahun itu menjerit mahu membuang air ketika penerbangan dari Paris ke Dublin, Ireland, bersedia untuk berlepas.
“Disebabkan pesawat itu bergerak di landasan dan bersedia untuk berlepas, kru kabin meminta Depardieu bersabar,” katanya.
Bagaimanapun, kata saksi, pelakon yang pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar itu memberitahu, dia tidak boleh menahan dirinya.
“Dia yang kelihatan mabuk kemudian berdiri dan kencing di situ juga,” katanya.
Perbuatan Depardieu memaksa penerbangan itu tergendala dua jam bagi membolehkan pesawat dicuci. Tidak dapat dipastikan sama ada Depardieu dibenarkan terus menaiki pesawat itu atau tidak
P/s: Hahahahahaha..aku hanya mampu gelak dengan kejadian ini...
Betol-betol Hangat! Pengguna iPhone saman Apple RM79j
Oleh Kaki Wayang on
Hampir 27,000 pengguna iPhone di Korea Selatan mengemukakan saman RM77.8 juta ke atas syarikat Apple kerana mendakwa privasi mereka diceroboh. Tuntutan itu dibuat berdasarkan maklumat lokasi pengguna peralatan itu yang dipaparkan kepada umum melalui aplikasi iPhone. Seorang daripada peguam plaintif, Kim Hyeong-seok, berkata setiap seorang pengguna terbabit mengemukakan tuntutan ganti rugi bernilai RM2,793.
“Mereka mensasarkan Apple dan anak syarikatnya di Korea Selatan bagi melindungi hak privasi masing-masing,” katanya.
Jurucakap Apple di Seoul enggan memberi komen.
Apple berdepan dengan pelbagai aduan dan kritikan sejak April lalu apabila didapati peralatan iPhone menyimpan data mengenai lokasi menara pemancar berhampiran serta kawasan memiliki liputan Internet sehingga setahun. Maklumat itu boleh digunakan pihak tidak bertanggungjawab bagi merangka pergerakan harian pemilik iPhone.
Apple juga menyatakan, satu masalah perisian menyebabkan iPhone terus menghantar data lokasi penggunanya kepada pelayan syarikat itu walaupun perkhidmatan berkenaan dimatikan.
Awal tahun ini, Kim mengheret Apple ke mahkamah atas alasan privasi dan hakim mengarahkan dia diberi ganti rugi sebanyak RM2,784. Katanya, kes saman terbaru itu dijangka mula didengar pada Oktober atau November ini.
P/s: Kepada pengguna iPhone..hati-hatilah korang yer..pergerakan dipantau tu..bayangkan korang kat tandas pun diorang leh pantau..ngeeee..apatah lagi kalau yang curi-curi makan dibulan ramadhan..hehehe