PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Viral! Video Tun Mahathir Mohamad Berduet Dengan Siti Nurhaliza!

Oleh Kaki Wayang on


Video Tun Mahathir Mohamad Berduet Dengan Siti Nurhaliza. Siapa yang tak kenal dengan Tun Dato' Sri Dr. Mahathir bin Mohamad? Konfem semua orang kenal dengan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 ini. Kredibiliti beliau sebagai pemimpin menyebabkan beliau disayangi semua orang di Malaysia ini. Tidak hairanlah sampai ketika ini beliau masih lagi gigih memperjuangkan hak-hak seluruh rakyat Malaysia.

Tapi pernahkah anda terfikir apa yang Tun M buat pada masa lapang? Basuh kete? Teman cucu kat taman rekreasi? Pegi membeli-belah? G kedai runcit? G pasar, beli lauk dan sayur? Atau g KFC. Kedengarannya agak lucu dan seakan-akan tidak percaya. Tapi bukan itu yang saya nak cerita.

Pernah tak korang tengok Tun M menyanyi? Saya pun tak pernah tengok, sehinggalah saya menonton satu video VIRAL di laman Youtube pada ketika ini. "Tun mahathir menyanyi di Malam Sahoca 2015 di Dewan Perdana Felda pada 11 september 2015".


KELIHATAN seperti penyanyi pujaan Malaysia, Siti Nurhaliza terkesima selepas mendengar Tun Dr Mahathir Mohamad melantunkan suara ketika menyanyikan lagu popular dari Frank Sinatra.

Dalam sebuah majlis 11 September lalu di sebuah dewan, bekas Perdana Menteri tersebut dirakam bersama Siti di atas satu pentas dan menyanyikan lagu 'I did it my way' secara duet.

Kedengaran hadirin juga bersorak riang dan memberi tepukan gemuruh atas kehebatan Dr Mahathir menyanyi.

Rakaman tersebut dimuatnaik ke laman YouTube dan menarik perhatian lebih 10,057 penonton.

"Ini bukan duet, tapi sapu bersih. Datuk Siti Nurhaliza jadi penyanyi bantuan pula. Terbaik la Tun M!" kata Ali.

"Tetiba rasa sebak dengar Tun menyanyi. Moga dipanjangkan usia dan ketenangan hari. Akan tiada gantinya seorang pemimpin terulung," kata Anak Malaysia
Sila baca selanjutnyaEdisi Viral! Video Tun Mahathir Mohamad Berduet Dengan Siti Nurhaliza!

Edisi Pengajaran! Keluarga Allahyarhamah Cikgu Nuroshlizan Kecewa Gambar Palsu Tersebar!

Oleh Kaki Wayang on

Gambar Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli

Gambar Palsu Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli Tersebar. Al-Fatihah buat seluruh umat islam yang terkorban dalam tragedi Mekah beberapa hari yang lalu. Disebalik kejadian yang sungguh menyayat hati ini, pelbagai pengajaran yang kita boleh dapat melalui ujian besar Allah SWT ini.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Keluarga Allahyarhamah Cikgu Nuroshlizan Kecewa Gambar Palsu Tersebar!

Edisi Pengajaran! Nur Fadhliah Kongsi Keistimewaan Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli!

Oleh Kaki Wayang on


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tragedi yang berlaku di Tanah Suci Mekah. Pelbagai pengajaran yang dapat kita ambil dari ujian yang Allah SWT turunkan di muka bumi tercinta umat Islam ini. Di sinilah kota Baginda Nabi Muhammad SAW yang kita sayang dan rindui. 
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Nur Fadhliah Kongsi Keistimewaan Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli!

Edisi Terkini! Bayaran Insentif Wilayah - Pindaan Elaun dan Kemudahan Bagi Perkhidmatan Awam dan Persekutuan!!

Oleh Kaki Wayang on

Klik imej untuk paparan lebih besar

TERBARU:

Kenaikan gaji pegawai Perkhidmatan Awam tidak melibatkan perubahan ke atas dasar elaun dan kemudahan yang sedang berkuatkuasa kecuali pindaan kepada perkara berikut:

Bayaran Insentif Wilayah


Bayaran Insentif Wilayah dilaksanakan mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1987 Lingkungan gaji bagi menetapkan kadar Bayaran Insentif Wilayah berdasarkan Pekeliling Bilangan 4 Tahun 2002 dipinda seperti berikut:
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Bayaran Insentif Wilayah - Pindaan Elaun dan Kemudahan Bagi Perkhidmatan Awam dan Persekutuan!!

Edisi Terkini! Politeknik Muadzam Shah di Sinar Harian - Kemahiran Pengurusan Satu Bonus!

Oleh Kaki Wayang on


Suriyati (dua, kanan) diiringi Nazatul dan pelajar semester 5 Diploma Pengurusan Pelancongan, PMS selepas selesai pertunjukan fesyen yang mereka anjurkan.

Politeknik Muadzam Shah. Pendidikan tentang pengurusan majlis atau program bukan suatu pengetahuan yang biasa sebaliknya menjadi satu kelebihan atau bonus bagi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) apabila memasuki alam pekerjaan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Politeknik Muadzam Shah di Sinar Harian - Kemahiran Pengurusan Satu Bonus!

Edisi Hangat! Gambar 10 Bentuk Pulau yang Unik Seluruh Dunia!

Oleh Kaki Wayang on

Pulau Unik Di Dunia. Berikut merupakan 10 buah pulau unik di seluruh dunia. Sebenarnya banyak lagi pulau yang unik. Tetapi 10 buah pulau ini antara pulau yang paling unik di dunia. Ada yang macam dolphin, berbentuk hati dan macam-macam lagi. Apa lagi tunggu jom kita lihat 10 buah pulau paling unik di dunia.
 
1. Berbentuk Dolphin - Kepulauan Flores

pulau unik


2. Berbentuk orang buka mulut - Kepulauan Sunda, Indonesia


3. Berbentuk Karot - Maldives


4. Berbentuk Boomerang - Laut China Selatan


5. Berbentuk Pokok - Isles of Scilly


6. Berbentuk mata - Maldives

 

7. Berbentuk hati - Croatian Coast


8. Berbentuk paru-paru - Florida


9. Berbentuk kuda laut - Kepulauan Galapalos


10.Berbentuk smiley - Pulau Manukan, Sulug dan Mamutik, Sabah

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar 10 Bentuk Pulau yang Unik Seluruh Dunia!

Edisi Sentap! Polis Trafik Macam Inilah Yang Rakyat Paling Sayang!

Oleh Kaki Wayang on


Biar gambar berkata-kata..Jangan kata abang tak payung..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Polis Trafik Macam Inilah Yang Rakyat Paling Sayang!

Edisi Tips Blog! Bagaimana Untuk Meningkatkan Alexa Ranking dan Pagerank Blog?

Oleh Kaki Wayang on

Satu perkara yang kita kena tahu, bernilainya blog kita adalah melalui kurangnya peratusan Bounce Rate bagi blog kita..semua ini boleh kita ketahu kat Google Analytics..Bernilainya blog kita apabila blog kita mencapai satu tahap yang membanggakan..cuba anda bayangkan tiap hari Ranking blog anda di Alexa semakin meningkat..dari kedudukan ke 20 juta kini sudah mencapai di kedudukan 268,110 seluruh dunia..bukan mudah untuk mencapai kedudukan tersebut..banyak perkara yang perlu diberi perhatian untuk berada dikedudukan itu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Bagaimana Untuk Meningkatkan Alexa Ranking dan Pagerank Blog?

Edisi Hangat! Alexa Ranking Blog Aku Lagi Hebat dari Blog Denaihati!

Oleh Kaki Wayang on

Secara amnya..Alexa Ranking ini sebenarnya tak banyak sangat membantu dalam menentukan berjaya atau tak sesuatu blog..dan ianya sebenarnya bukan satu "penanda aras" untuk menentukan blog itu power atau tak, hebat atau tak dan sebagainya..

Disebabkan aku ni masih baru dalam dunia blog..aku masih cuba untuk memahami apa sebenarnya kegunaan secara khusus akan Alexa ini..secara fizikalnya "ianya" (Alexa) menentukan akan kedudukan sesebuah laman web berdasarkan beberapa kriteria iaitu trafik, kemaskini blog (artikel yang dikemaskini setiap hari), Unique Viewers, Pageviews dan sebagainya..
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Alexa Ranking Blog Aku Lagi Hebat dari Blog Denaihati!

Edisi Panas! Ben Ashaari Seorang GAY?

Oleh Kaki Wayang on

Astaghfirullahalaziim..perkataan pertama yang terungkap dari mulutku apabila mengetahui ini dari satu ruang informasi maya..mana lagi kalau bukan kat Mak Cik Alexa..hahahaha..

Bukan apa rasanya Abg Ben merupakan seorang yang sangat normal..apakan tidak..jejaka dan blogger popular ini sudah pun berkahwin dan bakal menimang cahaya mata tak lama lagi..kenape pula tetiba keluar sal GAY ni? Pelik bin Ajaib bukan..korang pun mesti tak percaya dengan berita yang disampaikan ni..meh kita tengok sikit nape Ben Ashaari digelar GAY..

Terdetik hati ini untuk melihat ranking blog 'fofular' Abg Ben Ashaari di site Alexa ..kemudian terus ke ruangan REVIEW yang mana terdapat 10 review dari pembaca setia mahupun pendengki setia Abg Ben..terkejut melihat pada reviewer yang pertama dan kedua yang menyatakan perkataan GAY...


P/s: Kepada yang dengki dan iri hati dengan pencapaian Abg Ben sila hentikan lah yer perbuatan yang sangat tak elok dan tak senonoh ni..Abg Ben baik aper..tak pernah nak menyakitkan hati orang..setakat ni tak de pula dia sakitkan hati aku..
Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Ben Ashaari Seorang GAY?

Edisi Viral! Jep Sepahtu Buat Malaysia Kagum Dengan Video Ini!

Oleh Kaki Wayang on


Video ini kini menjadi viral di seluruh pelusuk buana. Beliau bukan pemain bola sepak kebangsaan, bukan juga pemain bola sepak profesional negeri mahupun kelab. Tapi sepakan percuma yang diambil oleh JEP SEPAHTU membuktikan bukan pemain profesional sahaja yang mampu melakukan sepakan percuma ala-ala pemain Itali,  Pirlo ini.


Sila baca selanjutnyaEdisi Viral! Jep Sepahtu Buat Malaysia Kagum Dengan Video Ini!

Edisi Hangat! Shell Buat Hal, 1 Malaysia Kena Tempias!

Oleh Kaki Wayang on


Welcome to Shell Campaign. Shell? Shell buat hal, 1Malaysia kena tempias. Tempias apa pula ni? Tahukah anda Shell sekarang baru je melancarkan kempen terbaru mereka. Semua stesen dan cawangan Shell terlibat. Nak tahu? Kena baca penuh.

Semua orang kenal Shell. Pelbagai kenangan pahit dan manis dengan Shell. Kalau di Keningau tempat asal saya. Semua kenderaan tak kira besar kecik, lori, kereta, motor atau apa pun. Semuanya menggunakan minyak Shell. Barulah Petronas mula bertapak selepas Shell menjadi sebuah syarikat “lejen” di Keningau.

Pada ketika ini pun, Shell mempunyai beberapa cawangan di Keningau berbanding dengan Shell, Petronas dan Caltex (eh ada ke Caltex kat Keningau). Hentam sajalah.

Berbalik semula kepada Welcome to Shell Campaign, Shell kini telah memulakan dan melancarkan transformasi 3 tahun mereka yang dipanggil “Welcome to Shell” yang bertujuan untuk mencapai standard tinggi perkhidmatan hospitality kepada semua pelanggan di semua cawangan Shell.

Bukan sahaja setiap cawangan melalui perubahan fasa tersebut, tetapi juga Shell akan meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan, persembahan, laman web dan memberi focus kepada kepuasan pelanggan secara keseluruhan. Di samping mengharapkan agar para pelanggan akan merasa seperti satu pengalaman mengujakan berbanding sebelum ini.

Nak menang peraduan Shell? Nak rasa pengalaman baru bersama Shell? Sila lah ke semua stesen minyak Shell untuk merasai pengalaman baru itu. Terima kasih Shell.Itu lah hal nyer. Bukan hal ape pun.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Shell Buat Hal, 1 Malaysia Kena Tempias!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...