Edisi Viral! Video Tun Mahathir Mohamad Berduet Dengan Siti Nurhaliza!

Oleh Kaki Wayang on


Video Tun Mahathir Mohamad Berduet Dengan Siti Nurhaliza. Siapa yang tak kenal dengan Tun Dato' Sri Dr. Mahathir bin Mohamad? Konfem semua orang kenal dengan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 ini. Kredibiliti beliau sebagai pemimpin menyebabkan beliau disayangi semua orang di Malaysia ini. Tidak hairanlah sampai ketika ini beliau masih lagi gigih memperjuangkan hak-hak seluruh rakyat Malaysia.

Tapi pernahkah anda terfikir apa yang Tun M buat pada masa lapang? Basuh kete? Teman cucu kat taman rekreasi? Pegi membeli-belah? G kedai runcit? G pasar, beli lauk dan sayur? Atau g KFC. Kedengarannya agak lucu dan seakan-akan tidak percaya. Tapi bukan itu yang saya nak cerita.

Pernah tak korang tengok Tun M menyanyi? Saya pun tak pernah tengok, sehinggalah saya menonton satu video VIRAL di laman Youtube pada ketika ini. "Tun mahathir menyanyi di Malam Sahoca 2015 di Dewan Perdana Felda pada 11 september 2015".


KELIHATAN seperti penyanyi pujaan Malaysia, Siti Nurhaliza terkesima selepas mendengar Tun Dr Mahathir Mohamad melantunkan suara ketika menyanyikan lagu popular dari Frank Sinatra.

Dalam sebuah majlis 11 September lalu di sebuah dewan, bekas Perdana Menteri tersebut dirakam bersama Siti di atas satu pentas dan menyanyikan lagu 'I did it my way' secara duet.

Kedengaran hadirin juga bersorak riang dan memberi tepukan gemuruh atas kehebatan Dr Mahathir menyanyi.

Rakaman tersebut dimuatnaik ke laman YouTube dan menarik perhatian lebih 10,057 penonton.

"Ini bukan duet, tapi sapu bersih. Datuk Siti Nurhaliza jadi penyanyi bantuan pula. Terbaik la Tun M!" kata Ali.

"Tetiba rasa sebak dengar Tun menyanyi. Moga dipanjangkan usia dan ketenangan hari. Akan tiada gantinya seorang pemimpin terulung," kata Anak Malaysia

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...