Edisi Terkini! Harga Terkini Kereta Selepas GST!

Oleh Kaki Wayang on

Era Pak Ajib memperlihatkan perubahan mendadak dalam pelbagai aspek. Harga minyak, harga barang, barisan kepimpinan dalam kerajaan semuanya melalui fasa perubahan tersebut. Terbaru adalah GST ataupun Goods and Services Tax kini telah pun berjaya dilaksanakan bermula pada April 2015 yang lalu.

Pelbagai barangan, perkhidmatan dan produk terpalit dengan GST ini dan pembuatan automotif merupakan salah satu produk yang turut dikenakan GST. Apa tidaknya setiap komponen mahupun perkhidmatan akan dikenakan cukai sebanyak 6%. Difahamkan akan ada harga barang naik dan turun.

Dalam artikel kali ini saya ingin kongsikan harga kereta selepas GST bagi model keluaran Ford, Nissan dan juga Subaru yang kebanyakkannya merupakan model CBU dan CKD.

Seterusnya adalah Harga Kereta Terkini Model Mitsubishi Selepas GST. Difahamkan harga kereta bagi keluaran Mitsubishi juga turut turun dengan harga baru untuk model Mirage GS (turun RM200.00) dan model Pajero (turun sebanyak RM2000.00) seunit.

Harga Kereta Terkini Model Ford Selepas GST 6%


Harga Kereta Terkini Model Nissan Selepas GST 6% 


Harga Kereta Terkini Model Subaru Selepas GST 6%

 
Bagi peminat kereta-kereta keluaran proton, Honda dan Toyota. Harga untuk model keluaran Proton pula turun sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit bagi semua model keluarannya.

Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) turut terlibat dalam pelaksanaan GST ini. Honda difahamkan membuat pengurangan harga antara RM500 hingga RM2,500 bagi model-model yang terpilih antaranya Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan model terbaru HR-V.

Manakala pihak UMW Toyota Motors Sdn Bhd pula mengumumkan pengurangan harga dari RM4,000 atau 2% bagi model kereta Toyota dan Lexus.

Kredit: Paultan.org

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...