Edisi Hangat! Shell Buat Hal, 1 Malaysia Kena Tempias!

Oleh Kaki Wayang on


Welcome to Shell Campaign. Shell? Shell buat hal, 1Malaysia kena tempias. Tempias apa pula ni? Tahukah anda Shell sekarang baru je melancarkan kempen terbaru mereka. Semua stesen dan cawangan Shell terlibat. Nak tahu? Kena baca penuh.

Semua orang kenal Shell. Pelbagai kenangan pahit dan manis dengan Shell. Kalau di Keningau tempat asal saya. Semua kenderaan tak kira besar kecik, lori, kereta, motor atau apa pun. Semuanya menggunakan minyak Shell. Barulah Petronas mula bertapak selepas Shell menjadi sebuah syarikat “lejen” di Keningau.

Pada ketika ini pun, Shell mempunyai beberapa cawangan di Keningau berbanding dengan Shell, Petronas dan Caltex (eh ada ke Caltex kat Keningau). Hentam sajalah.

Berbalik semula kepada Welcome to Shell Campaign, Shell kini telah memulakan dan melancarkan transformasi 3 tahun mereka yang dipanggil “Welcome to Shell” yang bertujuan untuk mencapai standard tinggi perkhidmatan hospitality kepada semua pelanggan di semua cawangan Shell.

Bukan sahaja setiap cawangan melalui perubahan fasa tersebut, tetapi juga Shell akan meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan, persembahan, laman web dan memberi focus kepada kepuasan pelanggan secara keseluruhan. Di samping mengharapkan agar para pelanggan akan merasa seperti satu pengalaman mengujakan berbanding sebelum ini.

Nak menang peraduan Shell? Nak rasa pengalaman baru bersama Shell? Sila lah ke semua stesen minyak Shell untuk merasai pengalaman baru itu. Terima kasih Shell.Itu lah hal nyer. Bukan hal ape pun.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...