Edisi Viral! Gambar dan Video Imam 2 Masjid Negara Ditampar Semasa Solat Jumaat!

Oleh Kaki Wayang on

Imam Dua Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim menceritakan detik-detik beliau ditampar lelaki tidak dikenali

Seorang lelaki dipercayai berketurunan Arab ditahan kerana menampar muka Imam Dua Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim. Kejadian berlaku ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat dan ia terhenti ketika rakaat pertama. Imam Masjid Negara itu kemudiannya menyuruh semua makmum untuk solat semula. Motif dan punca Imam Masjid Negara itu ditampar masih dalam siasatan.


Menurut sumber yang lain, ketika kejadian Imam Masjid Negara sedang membacakan surah pada rakaat pertama. Kemudian datang lelaki dari arah belakang menolaknya. Seolah-olah mahu menjadi imam. Melihat Imam tersebut meneruskan bacaan lelaki itu menamparnya sebelum pasukan keselamatan mengheret lelaki tersebut keluar dari ruang solat utama.


Nasib baik Pak Imam tak melenting. Harap-harap tidak akan berlaku lagi kejadian seperti ini di masa akan datang.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...