Pengikut Setia!

Blog Hangat Yang Korang Perlu Lawati!

Mereka Juga Punya Blog Hangat - Jom Terjah!

Monday, 27 February 2012

Edisi Hangat! Alexa Ranking Blog Aku Lagi Hebat dari Blog Denaihati!



Secara amnya..Alexa Ranking ini sebenarnya tak banyak sangat membantu dalam menentukan berjaya atau tak sesuatu blog..dan ianya sebenarnya bukan satu "penanda aras" untuk menentukan blog itu power atau tak, hebat atau tak dan sebagainya..

Disebabkan aku ni masih baru dalam dunia blog..aku masih cuba untuk memahami apa sebenarnya kegunaan secara khusus akan Alexa ini..secara fizikalnya "ianya" (Alexa) menentukan akan kedudukan sesebuah laman web berdasarkan beberapa kriteria iaitu trafik, kemaskini blog (artikel yang dikemaskini setiap hari), Unique Viewers, Pageviews dan sebagainya..

Namun begitu kajian yang dijalankan oleh Blogger Denaihati (bukan kajian sebenar) menunjukkan bahawa Alexa Ranking sedikit sebanyak membantu Blog itu untuk lebih dikenali dan mampu menambahkan pendapatan yang lumayan dalam berblog..cuba lihat dan baca pernyataan dibawah..(diambil dari blog Denaihati)

"Peningkatan alexa ranking blog Denaihati terutama alexa ranking Malaysia memberi kesan yang sangat positif. Terima kasih kepada banyak blog yang telah memberi promosi percuma kepada blog Denaihati dengan menyenaraikan dalam Malaysia top 10 alexa ranking. Hasilnya semakin banyak blogger yang ingin membeli ruang iklan di blog Denaihati dan ini bermakna pendapatan blog Denaihati semakin meningkat. Fenomena ini tidak berlaku ketika blog Denaihati dinobatkan blog berstatus PR4"

Rupanya alexa ranking sangat memberi pengaruh untuk menghasilkan pendapatan kepada blog Denaihati kerana banyak pengiklan yang pandang alexa ranking.

Jom kita lihat perbandingan blog aku dengan blog Denaihati yang dah Otai dah..

Ini Alexa Ranking Blog Aku

Dari mula aku berblog Alexa Ranking aku di tangga yang ke 27 juta diseluruh dunia..dan kini selepas 10 bulan..dah cecah ke tangga yang ke 300,880 (global ranking) dan 1532 (Malaysia)..kira satu pencapaian yang aku boleh banggakan kot..hehehehe


 
Ini Alexa Ranking Blog Denaihati

Wow..18,462 (Global Ranking) dan ditangga yang ke 95 di Malaysia..hebat tak..bape jauh lagi aku nak kejar? 10 tahun lagi kot..ntah-ntah dalam 10 tahun tu Blog Denaihati dah cecah 10 yang etrbaik di Malaysia kan..hehehe..


P/s: So, tajuk artikel ni yang katakan Alexa Ranking aku ni lagi hebat dari Blog Denaihati sangat tak betul ok..tapi bukan PROPA tau..hehe..saje membandingkan blog aku ngan blog Otai..

4 Orang "Pengomen" yang Hangat!:

  1. Keep it up bro, tak lama lagi akan sampai lah tu...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..walaupun 10 tahun lagi..masa tu dah jadi atok dah..hahahahaha..

    ReplyDelete
  3. tajuk lain..post lain...haha

    ReplyDelete
  4. Uit..

    P/s: So, tajuk artikel ni yang katakan Alexa Ranking aku ni lagi hebat dari Blog Denaihati sangat tak betul ok..tapi bukan PROPA tau..hehe..saje membandingkan blog aku ngan blog Otai..

    Itu cumalah satu permainan tajuk dan keyword..sekadar menulisnya agar lebih nampak akan keberkesanan tajuk..

    BTW, tq datang blog yang tak seberapa ni..xleh nak lawan blog ko..

    ReplyDelete