Betol-betol Sengal! Berebut mahu anak dinobat penduduk ketujuh bilion

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSpQ_0bhosGyQtjffPH2yvzSiugZslN4x6sptmpvwBEKhtN-hyYUNjAIt_ZsitZXCJ5Ci7mr4AF9336fZYXAfvyH-kY7YYSN1XhST-iSneOs_ECP4VpBN-OPhZFwi7aX-okFyNrAgAs3I/s1600/bayi+7+bilion.png

Ia sepatutnya menjadi acara simbolik sahaja bagi menandakan satu mercu tanda global. Tetapi, apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan seorang bayi dari Filipina sebagai penduduk dunia ketujuh bilion, ia mencetuskan bantahan. Ibu bapa di Britain hingga ke India berebut-rebut untuk mendakwa anak mereka sebenarnya yang menjadi bayi mercu istimewa itu.

Dengan ratusan ribu kelahiran di seluruh dunia setiap hari, adalah sukar untuk menentukan pemegang gelaran sebenar. Bagaimanapun, PBB memilih untuk menobatkan Danica May Camacho yang dilahirkan dua minit sebelum tengah malam Ahad lalu (waktu tempatan) kepada satu keluarga miskin di Manila dengan menghadiahkan mereka kek coklat dengan perkataan ‘7B Filipina’ di atasnya dan baucar hadiah untuk kasut percuma.

Ibunya, Camille berkata: “Danica kelihatan comel. Saya tidak percaya dia menjadi penduduk ketujuh bilion.” Tidak mahu ketinggalan, pegawai di Uttar Pradesh, negeri paling ramai penduduk di India, mengisytharkan tujuh bayi perempuan yang dilahirkan semalam bagi berkongsi penghormatan itu. Mereka termasuk Nargis Yaday, bayi pasangan Ajay dan Vinita.

Britain turut mempunyai calon tersendiri. Sebaik dilahirkan di Hospital St Thomas, London pada jam 6.58 pagi (waktu tempatan), Peter Bashir dihadiahkan patung beruang oleh ahli politik Baroness Tonge, Geoffrey Clifton-Brown dan kakitangan hospital.

Ibunya, Yasmin Karim, dari Rotherhithe, selatan London berkata: “Kami boleh memberitahunya (Bashir) bahawa dia adalah penduduk ketujuh bilion apabila dia besar kelak. Saya dapat merasakan dia ingin cepat keluar. Mungkin dia mahu jadi orang terkenal.” Sambutan juga dilakukan di Vietnam, Zambia, Russia dan Greece selepas periystiharan oleh pegawai tempatan. Malangnya, ia kejuaraan yang tidak membawa banyak makna. Keluarga Adnan Nevic dari Bosnia Herzegovina yang dinobatkan bayi keenam bilion dan Matej Gaspar dari Croatia yang diisytiharkan bayi kelima bilion, mendakwa PBB tidak mengendahkan mereka selepas kelahiran itu.
 
Kredit: Daily Mail

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...