Betol-betol Hangat! Sanggul Beracun menang besar!

Oleh Kaki Wayang on

Sabri Yunos Terkilan Kenapa Tak Mengarah Dari Dulu 
 
Meskipun baru pertama kali mengarahkan drama, namun percubaan pelawak dan pengarah, Sabri Yunos telah membuahkan hasil sangat besar apabila dramanya, Sanggul Beracun menggondol empat anugerah di Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Drama yang mempertaruhkan Erra Fazira sebagai pelakon utama itu telah membolot empat anugerah iaitu kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik Drama, Lakon TV Terbaik serta Videografi Terbaik. Tidak menjangkakan kemenangan buat drama pertama arahannya itu, Sabri Yunos berkata dia sepatutnya sudah lama mencungkil bakatanya dalam dunia pengarahan daripada hanya berlakon sejak dulu lagi.

"Alhamadulilah, ini satu kemenangan yang sangat besar sepanjang perjalanan karjaya saya. Siapa boleh jangka percubaan pertama boleh berjaya merangkul banyak anugerah di acara berprestij seperti ini. "Terus-terang, saya mula terfikir yang saya sepatutnya sudah mengarah sejak dari dahulu lagi. Namun saya tidak terfikir saya sudah terlambat walaupun saya kini sudah berusia 50 tahun," katanya yang juga merupakan penulis skrip pada drama Sanggul Beracun.

Sabri Yunos mengakui, bahawa dia punyai minat yang mendalam terhadap bidang penulisan skrip dan pengarahan sejak dari dulu lagi, bagaimanapun minatnya itu tergendala kerana kurang berkeyakinan dan tidak pernah diberi peluang.

"Sebelum ini saya banyak berada di hadapan skrin sebagai pelakon. Jadi saya fikir, orang sukar untuk melihat kebolehan saya dalam bidang belakang tabir seperti menulis skrip atau mengarah. "Memang saya pernah cuba mengarah sebelum ini, tapi hanya untuk drama komedi dan skrip kecil. Berbeza dengan drama ini, saya pada mulanya hanya mahu menyerahkan skrip ini pada pihak produksi (Balang Rimbun Sdn Bhd) dan tidak berniat untuk mengarahkannya.

"Tetapi bila dipaksa dan dinasihatkan oleh pihak produksi untuk mengarahkannya. Saya sahut cabaran itu dan inilah hasilnya," katanya yang ditemui pada sidang media ASK2011, di sini malam tadi.

Walaubagaimanapun, Sabri agak kecewa atas kekalahan Erra Fazira yang tewas dengan pelakon Datin Paduka Umie Aida (Air Mata Salina) untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama.

"Saya memang harapkan dia sahaja untuk menang mewakili drama ini. Tapi malangnya dia tidak berjaya. Nak buat macam mana, mungkin bukan rezekinya. Tapi secara peribadi Erra telah menang dari sudut pandangan saya.

"Jika dilihat daripada watak Erra dalam telefilem ini, ternyata ianya berbeza daripada apa yang pernah dia bawakan. Tak kiralah dalam filem ataupun drama. Dia berjaya memberikan apa yang saya mahukan. Dia sangat komited pada kerjanya. Dia seorang yang sangat bagus," tambahnya lagi.

Drama Sanggul Beracun memenangi kategori Drama Terbaik ASK2011 sekaligus menewaskan drama lain seperti Air Mata Salina, Masihkah Ada Sinar, Janji Syurga dan Iqra.
 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...