Selepas enam minggu sessi perbicaraan yang memperlihatkan
pelbagai drama, keputusan akhir tidak memihak kepada doktor peribadi
paling popular ini.
Berita ini merupakan sesuatu yang akan tertulis dalam sejarah hiburan Hollywood dan dunia secara am’nya buat selama-lamanya.
Berita ini merupakan sesuatu yang akan tertulis dalam sejarah hiburan Hollywood dan dunia secara am’nya buat selama-lamanya.
Awal pagi ini, agensi berita seluruh dunia melaporkan yang mahkamah memutuskan Conrad Murray, bekas doktor peribadi Michael Jackson di’dapati bersalah menyebabkan kematian ikon pop itu sekitar tahun 2009 yang lalu.
Conrad Murray di’dapati bersalah menyebabkan kematian dengan tidak sengaja selepas memberikan dos ubat propofol secara berlebihan kepada Michael Jackson pada malam kejadian di Los Angeles.
Mahkamah telah menetapkan hukuman penjara empat tahun buat Conrad Murray dan kemungkinan besar lesen menjalankan khidmat perubatan beliau akan di’gantung.
Peminat & keluarga yang turut serta dalam sidang terakhir perbicaraan kes Conrad Murray ini berteriak gembira apabila keputusan di’umumkan dan tidak kurang juga yang menangis.
Sejak Mahkamah Tinggi Los Angeles memulakan perbicaraan pada 27 September lalu, seramai 49 saksi terbabit - 33 saksi untuk pendakwaan manakala 16 saksi pembelaan