Selebriti
remaja, Justin Bieber dilapor disaman oleh seorang peminat dengan tuduhan dia
adalah bapa kepada bayi yang dilahirkannya.
Wanita
California berkenaan dikatakan mendesak penyanyi berusia 17 tahun itu menjalani
ujian DNA bagi mengesahkan secara saintifik bahawa dia adalah bapa bayi yang
dilahirkan tiga bulan lalu, lapor laman web RadarOnline dan majalah Star. Bagaimanapun,
jurucakap Bieber menafikan dakwaan itu.
Matthew Hiltzik berkata: “Walaupun kami belum menerima saman itu, adalah mengecewakan ada seseorang sanggup melakukan fitnah dan membuat dakwaan palsu.
Matthew Hiltzik berkata: “Walaupun kami belum menerima saman itu, adalah mengecewakan ada seseorang sanggup melakukan fitnah dan membuat dakwaan palsu.
“Kami akan bertindak mengikut semua saluran undang-undang untuk mempertahan dan melindungi Bieber daripada tuduhan itu.”
Wanita itu, Mariah Yearter, 20, didakwa membuat akuan bersumpah bahawa dia berusia 19 tahun apabila mengadakan seks dengan penyanyi warga Kanada itu di Los Angeles tahun lalu. Saman itu dikatakan difail di sebuah mahkamah di California pada 31 Oktober. Mariah meminta mahkamah memaksa Bieber ‘memberi saraan secukupnya untuk bayi saya,’ lapor Star. Bieber yang menjadi terkenal dengan lagu hitnya, Baby, kini berpacaran dengan bintang remaja, Selena Gomez.
Selena menerima ancaman bunuh daripada beberapa peminat penyanyi itu selepas pasangan berkenaan mengumumkan secara terbuka hubungan mereka tahun lalu.
Bieber sebelum ini menyelar seks bebas dengan berkata: “Saya tidak fikir anda perlu mengadakan seks dengan sesiapa kecuali anda mencintai mereka.”
Dan baru-baru ini dia mendedahkan hasratnya untuk menjadi bapa apabila berusia 25 tahun.
“Saya ingin menjadi bapa ketika usia muda. Menjelang usia saya 25 atau 26 tahun, saya ingin berkahwin dan mula berkeluarga,” katanya.