Suami saya adalah serorang
jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai
perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya
harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya
mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta
berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak
kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua
itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya
harapkan. Rasa
sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam
menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya
inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya,
nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan
daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing
gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang
akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia
termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.”
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia
tidak ada di rumah, dan saya menemi selembar kertas dengan coretan
tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan
hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti
boleh menaip dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan
akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari
Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang
harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka
pintu untuk Siti ketika pulang.”
“Siti suka jalan-jalan di
shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di
tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari
satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti
pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu
‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan
Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan
menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat
menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu
menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata
Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang
dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan
Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna
bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati.
Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi
kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki,
mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti
mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi
kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti
puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di
rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang
berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”
“Tetapi, jika Siti
tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan
barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu.
Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”
Saya terpegun..
Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera
berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan
wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih
dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu
telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak
dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta
itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan
sebelum ini.
Semoga kisah ini dapat sedikit sebanyak memberi panduan dan menjawab soalan yang dikemukakan.
Mengenai Penulis:
Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook