Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah mengeluarkan
perintah waran tangkap terhadap Bob Lokman, Jumaat lalu berikutan
kegagalannya hadir memberi keterangan di pejabat pihak berkuasa agama
itu kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah.
Pengarahnya, Marzuki Hussin, berkata pihaknya sedang berusaha
mengesan lokasi penulis lirik, pelakon dan pengacara yang nama
sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, dan hanya menunggu masa untuk
menahannya.
“Kita masih mengesan lokasi sebenar beliau dan sekiranya berada di
Selangor, kita akan menahannya serta-merta kerana gagal hadir membantu
siasatan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah tanpa tauliah,”
katanya ketika ditemui pada Seminar Hukuman Alternatif: Pelaksanaan
dan Keberkesanan di sini, semalam.
Bob Lokman sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, 10 Oktober lalu. Dia kemudian dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis.
Bob Lokman ketika dihubungi beberapa kali sebelum ini enggan mengulas.
Dia boleh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika gagal memberi keterangan dengan sengaja dan tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Sementara itu, kira-kira 500 peserta menghadiri seminar yang membentangkan empat kertas kerja oleh Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Syariah dan Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Siti Zubaidah Ismail; Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Asmadi Hussin; Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah) Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa dan Penolong Ketua Sesyen Parol Jabatan Penjara Malaysia, PKP Norwati Isa.