Edisi Pelajar! Tips Ulangkaji Pelajaran!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.ourfutureenvironment.org/personality/wp-content/uploads/2010/11/study-group.jpg
  1. Baca Nota yang telah anda ambil dalam tempoh 2 atau 3 jam selepas kelas.  Otak manusia akan mudah lupa untuk beberapa perkara penting yang dipelajari.
  2. Cuba tafsirkan nota yang telah anda catat didalam kelas dengan bantuan rakan secara perbincangan secara santai  selepas kelas.
  3. Cuba prafrasa yang telah diterangkan oleh pensyarah atau ayat di dalam buku teks dengan menggunakan ayat anda sendiri atau ayat yang lebih untuk anda fahami.
  4. Sekiranya keliru dengan nota yang di ambil, kemaskini nota tersebut dengan berjumpa semula pensyarah yang mengajar dan bincang semula.
  5. Cuba anda rangka semula semua nota yang telah diambil dengan penerangan pensyarah dalam bentuk yang lebih mudah seperti peta minda yang tersusun. Jangan terlalu detail, cukup sekadar perkara-perkara penting.
  6. Senaraikan kata-kata kunci atau perkara-perakara penting yang telah diberi penekanan oleh pensyara di dalam kelas.
  7. Cuba cipta 3 soalan yang mungkin ditanya untuk setiap sesi syarahan.
  8. Jawab soalan yang telah anda cipta dengan sempurna tanpa merujuk nota.
  9. Wujudkan satu lagi buku nota tambahan untuk sekadar ringkasan nota yang telah diambil.  Bermaksud, nota kecil yang boleh dibawa kemana-mana, tidak terlalu padat dan terlalu ringkas.  Sekiranya tidak, faham perlu dirujuk semula buku nota utama.
  10. Sentiasa mencari maklumat bagaimana kaedah mengambil nota yang berkesan melalui pembacaan buku, melayari internet dan menghadiri seminar-seminar/kursus.  Pelajar boleh juga belajar sendiri daripada pensyarah yang rapat atau pelajar-pelajar senior lain yang cemerlang.  Tetapi diingatkan, anda tidak perlu untuk meniru kaedah orang lain mungkin boleh mengubahsuai kaedah orang untuk kesesuaian diri.
Ehsan: Tips Ulangkaji Poyo!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...