Ada
sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia
Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya. Pada
satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak
mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya
nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya,
manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.
Usin,
kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan
Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira
bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn.
Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.
"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.
"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi
apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh
tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin
lagi.
"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul
kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang.
Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.
"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin
kepada Amat. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat,
hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama
bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk
upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang
tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.
Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri
barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut
meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat
dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang
dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun
dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan
air sembahyang.
Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati
seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan
senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu
gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia
menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula
isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.
"Usinnnnnnnnnn! !!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin.
Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar
jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher
Usin.
"Tipu apa plak???" tanya Usin bingung.
"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.
"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!"
"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu! !!!!!!!"
Mengenai Penulis:
Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook