Rujukan: Ustaz Nor Amin
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah(harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi,tetapi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup
Hambali
Ada dua qaul :
- Semua
badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak
tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi
wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.
- Semua badannya, tampa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qaul yang paling sahih.
Syafi'i
Ada dua qaul berdasarkan dua riwayat daripada Iman Syafi'i :
- Semua
badan, tanpa kecuali. Inilah qaul yang paling sahih atau paling nyata
atau mu'tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di
dalam az-Zawajir dan Al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para
Ulama' Syafi'iyah.
- Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.
Hanafi
Ada dua qaul, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah :
- Semua
badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua
tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman
dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada
fasad, maka wajib ditutup.
- Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.