Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi."Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini,
sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan
berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci
Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan
kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan
kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di
sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura”
bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya,
menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain
hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata “ummu”
(ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban
Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah
juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas
semua kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai
jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru
langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali
dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat
difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter
bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi,
dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah
lapisan-lapisan langit.
Selain
itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat
kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh
lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan
penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat
dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan
Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi
sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada
alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah
melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut
berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang
mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir).
Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi
tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa
radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di
planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub
utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero
Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan
tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali
kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang
tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan
tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu
lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas
oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika
mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara
ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan
bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga
boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat
tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga
mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari
sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar
Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu,
dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
Wallahu’alam….
Kredit: http://hasnulhadiahmad.com/