Assalammualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh..
Alhamdulillah..bersyukur
kita ke hadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya kita masih mampu hidup di bumi
Allah S.W.T ini sehari lagi atas belas dan ihsan Allah S.W.T memberikan kita
peluang untuk terus mencari keredhaanNya dan berpeluang untuk memperbaiki apa
yang berlaku dalam hidup kita semalam.
Pertamanya,
terima kasih kepada pembaca Blog Betol-betol Hangat yang sememangnya hangat
daripada biasa ini. Pada hari ini, penulis ingin berkongsi satu artikel
“hangat” kat korang yang bertajuk “ Kenapa Anda Perlu Membeli dan Memiliki
In-Trend - Inspirasi Gaya Hidup Anda”. Teruskan membaca......!
Sebelum
itu, penulis sebenarnya (luahan jujur ikhlas) tidak berminat langsung nak
membeli Majalah In-Trend ini. Salah satu sebabnya adalah, penulis suka baca
majalah tapi malas nak membeli dan kadang-kadang majalah hiburan seperti ini
kebanyakannya tidak seperti yang digambarkan. Maksudnya “Indah Khabar Dari
Rupa”. Bercakap mengenai peribahasa tersebut, penulis ingin kongsikan sedikit
pengalaman berkenaan dengan majalah dan peribahasa itu. Pernah sekali penulis
membeli sebuah majalah hiburan, Majalah Tuttttttt…(nama, tajuk dan judul
majalah dirahsiakan) dan majalah ini sebenarnya majalah yang begitu terkenal
dari dulu sampailah sekarang. Pada ruang muka hadapan, pada ketika itu (tahun
ini) penghias muka depan adalah Datuk Siti Nurhaliza. Siapa yang tak suka bila
gambar beliau merupakan artis pilihan majalah tersebut untuk dijadikan penghias
hadapan majalah dengan harapan dapat membaca sebanyak mungkin info mengenai
Datuk CT. Nak dijadikan cerita, penulis pun membeli majalah “tutttt” itu.
Setelah
membeli, seperti biasa penulis akan mula membacanya dengan penuh minat. Namun
“Indah Khabar Dari Rupa” rupa-rupanya cerita Datuk CT tu sedikit sahaja. Tak
penuh pun sekeping mengenai beliau. Korang tahu tak dalam tu bukan main banyak
lagi (berhelai-helai pula tu) gambar lelaki dengan tak tutup auratnya (gambar
model), pakai seluar pendek, nampak pusat dan sebagainya. “Model tu kira macam
syok sendirilah, kira bajet comel”. Terus skip ke page lain. Tak cukup dengan
itu, Mak pula baca. Tahulah kan bila orang tua baca majalah sebegitu (tambahan
pula dia minat Datuk CT). Sampai kat page gambar model bajet comel tu, mak
menjerit terus buang majalah tu.
Apa
yang mampu penulis katakana di sini, diharapkan kepada semua majalah-majalah
hiburan janganlah kerana nak sangat kaut keuntungan, pembaca pula disajikan
dengan gambar-gambar seperti itu. Memadailah kalau gambar itu tidak
keterlaluan. Kita sebenarnya tidak mampu untuk menghalang daripada berlakunya
perkara-perkara sedemikian. Kita masyarakat Malaysia penuh dengan budaya
ketimuran yang perlu akan tapisan dan sedikit teguran dan kefahaman akan
sensitivity masyarakat sekeliling.
Ok,
lupakan mengenai itu, kita kembali kepada tajuk utama kita mengenai Majalah
In-Trend. Penulis merupakan salah seorang peminat dan pembaca setia kepada
majalah ini. Korang dah dapatkan ke edisi Mac 2012? Kalau belum sila
dapatkannya sekarang. Terdapat banyak info-info menarik khas untuk pembaca.
Paling menarik sudah tentunya mengenai artikel 8 Muka Surat | 65 Blog Nukilan
Anak Malaysia Pilihan In-Trend. Walaupun blog ini belum mampu menempatkan diri
dalam senarai berkenaan, namun penulis berharap agar blog ini mampu diterima
oleh semua pembaca tak kira muda atau tua. Pelbagai info akan diberikan diblog
ini agar ianya sesuai dengan semua lapisan masyarakat.
Berbalik
kepada In-Trend – Sebuah Majalah yang memaparkan pelbagai info menarik
khususnya kepada mereka-mereka yang sukakan Fesyen, Gaya dan Idea-idea baru
dalam menggayakan hidup seharian. Apa yang menarik dalam majalah ini, selain
artikel 65 blog (akan diulas sebentar lagi) berkenaan, terdapat beberapa tajuk
utama yang menjadi pilihan untuk menarik perhatian pembaca. Antaranya adalah
Kecantikan, Fesyen dan Gaya Hidup. Setiap tajuk utama merangkumi pelbagai tajuk
dan tips-tips menarik yang boleh kita manfaatkan. Sebagai contoh, terdapat
beberapa petua untuk mengekalkan kulit cerah, kulit sejernih embut pagi (ayat
tak hengat), klinik fesyen, kuliah cantik dan soal jawab fesyen. Antara lain
tajuk yang turut menarik perhatian pembaca adalah mengenai beberapa artikel
khas ditujukan kepada para pembaca yang sudah berkahwin dan berkeluarga. Juga
disediakan pelbagai tips-tips untuk melayari bahtera perkahwinan buat
pasangan-pasangan yang mempunyai impian untuk berumahtangga.
Anda
tak tahu nak pakai pakaian apa? Bagaimana nak sesuaikan pakaian anda dengan
majlis yang dihadiri? Bagaimana nak berpakaian kemas sesuai dengan imej dan
bentuk badan anda? Semuanya terjawab di InTrend.
Keluaran
edisi Mac merupakan edisi kegemaran penulis. Memandangkan penulis seorang
blogger, majalah keluaran Mac begitu menarik perhatian apabila 65 Blog Nukilan
Anak Malaysia Pilihan In-Trend dikongsikan di sini. Untuk pengetahuan para
pembaca, Paparan Khas Blog Pilihan InTrend kini melangkah ke tahun ketiga,
meraikan para penggiat media social baru. Setelah menempuhi pelbagai proses
saringan dan kemudiannya pemurnian, akhirnya In-Trend memperkenalkan 65 blog
pilihan In-Trend untuk tahun 2012.
Apa
yang penulis dapati, ke semua blog yang menjadi pilihan In-Trend memang
mempunyai kelebihan masing-masing. Antara kategori yang menjadi pilihan
In-Trend adalah seperti Fesyenista, Hijabista, Santapan, Usahawan, Si Cilik
Manja, Mahligai Cinta dan Anugerah Khas Juri In-Trend. Wow, 65 Blog terpilih.
Semuanya mempunyai aura tersendiri. Di sini penulis ingin kongsikan senarai 65
Blog yang terpilih. Sebelum itu, terima kasih diucapkan kepada Abg.
Hasrulhassan atas senarai blog tersebut. Kredit penuh ke atas blog dan dirinya
atas kesudian menulis senarai itu walaupun agak letih juga nak taip satu-satu
senarai itu.
Best
tak kalau masuk majalah? Confirmlah best kan. Giliran saya bila pula yer.
Entah-entah tak kan termasuk pun dalam majalah. Blog buruk, blog tak cantik,
blog tak comel dan blog tak best macam mana nak masuk majalah..kan… So, apa
lagi belilah In-Trend sekarang, anda tidak akan menyesal membeli atau
melanggannya.