Edisi Ngeri! Ibu Putus Kaki Ketika Cuba Selamatkan Anak!

Oleh Kaki Wayang on

Ibu Putus Kaki Ketika Cuba Selamatkan Anak
Demi kasih kepada dua anaknya, seorang ibu sanggup menjadikan badannya sebagai penahan untuk melindungi mereka daripada puting beliung sehingga mengakibatkan dia kehilangan kedua-dua kakinya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Stephanie Decker berada di rumahnya apabila suaminya memaklumkan kepadanya melalui sistem pesanan ringkas (sms) bahawa puting beliung sedang menuju ke arah rumah tiga tingkat milik mereka.

“Beberapa minit kemudian saya dapat melihat puting beliung itu, dan dengan segera saya mengheret dua anak saya masuk ke dalam bilik bawah tanah dan melindungi mereka dengan selimut agar tidak terkena serpihan barang-barang.

“Saya juga melindungi mereka dengan badan, namun malangnya perabot dan barang dalam rumah telah menghentam badan saya,” katanya.

Berikutan itu, tulang rusuknya patah tujuh manakala kedua kakinya hampir putus. Kemudian puting beling sekali lagi melanda kawasan rumahnya dan dalam kesakitan, dia sekali lagi bertindak sebagai pelindung kepada anak-anaknya biarpun rumahnya runtuh di hadapan matanya.

Ketika itu, katanya, kedua-dua anaknya menjerit “Mak, kami tidak mahu hidup tanpa mak, jangan biarkan kami mati”.

Selepas ribut berlalu, dia melihat kakinya dan mendapati ia hampir putus, sebelum Stephanie mengambil telefom bimbitnya dan merakamkan kejadian berkenaan kepada suaminya sambil menyatakan bahawa dia menyayangi suaminya itu.

“Saya tidak pasti dapat hidup lagi, namun salah seorang anak saya yang berusia lapan tahun telah memanjat serpihan runtuhan dan meminta tolong,” katanya.

Dalam pada itu, suaminya, Joe Decker berkata, di sebalik kehilangan kedua-dua belah kakinya, dia ingin menyatakan kepada isterinya bahawa mereka bernasib baik dapat hidup.

“Jika dilihat kepada keadaan di tapak rumah saya ini, mustahil ada yang boleh hidup lagi, namun isteri dan anak-anak saya bernasib baik kerana dapat hidup,” katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...