Mungkin itulah ungkapan yang cuba Aaron
Aziz ucapkan selepas dinobatkan sebagai Artis Paling Popular 2011
semalam. Begitulah penangan pelakon utama Ombak Rindu dan KL Gangster
ini. Walaupun sebelum ini nama beliau dikaitkan dengan ISU Menipu Nama
Sebenar dan ISU Kuku yang entah hape-hape..nampaknya itu semua adalah
isu remeh yang tidak perlu diambil maklum oleh Aaron Aziz. Kuku buruk
ke, dia tetap popular!!! Tahniah Aaron Aziz.
AARON Aziz menepati jangkaan ramai
apabila diumumkan sebagai Bintang Paling Popular 2011, dengan
mengumpulkan undian sebanyak 87,669, pada majlis yang berlangsung di
Genting Highlands, malam tadi. Dalam acara yang berlangsung di Arena of
Star, Aaron turut memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.
Kemenangan itu sekali gus melayakkan Aaron membawa pulang hadiah berupa barang kemas Raflesia bernilai RM250,000 dan sebuah Nissan Teana V6 2.5L.
Kemenangan itu sekali gus melayakkan Aaron membawa pulang hadiah berupa barang kemas Raflesia bernilai RM250,000 dan sebuah Nissan Teana V6 2.5L.
Kredit Penuh: Informasi Santai!