Edisi Terkini! Berita Terkini Tsunami! Gegaran turut dirasai di Hatyai, Pattani dan Berita Terkini Di Seluruh Negara!

Oleh Kaki Wayang on


Selepas mengalami letupan bom di Hatyai sehingga mengorbankan tiga nyawa termasuk dua rakyat Malaysia 11 hari lalu, wilayah Selatan Thailand hari ini dikejutkan dengan gegaran berikutan gempa bumi kuat yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

Songkhla dan Pattani, yang terletak di wilayah Selatan Thailand, turut merasai gegaran seperti yang dialami di enam lagi kawasan iaitu Krabi, Phuket, Phangga, Satul, Ranong dan Trang.



"Saya berasa pening apabila bangunan hotel setinggi lapan tingkat ini bergegar petang ini," kata Kasma Chemat, seorang pekerja hotel di Pattani.

Beliau berkata kebanyakan tetamu hotel panik dan berkumpul di lobi berikutan gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter itu.

Penduduk di Krabi, Phuket, Phangga, Satul, Ranong dan Trang telah dipindahkan ke kawasan lebih tinggi berikutan arahan yang dikeluarkan Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi hari ini.

Pada 31 Mac lalu, letupan bom yang menyebabkan kebakaran di Lee Garden Plaza Hotel di Hatyai mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan lebih 350 yang lain termasuk 27 rakyat Malaysia.

Terkini

- Sementara itu, Jabatan Meteorologi menamatkan amaran tsunami di Malaysia pada jam 10 malam ini selepas gempa bumi menggegarkan Aceh, petang tadi.

- Gempa susulan dengan kekuatan 6.4 skala Richter menggegarkan Aceh pukul 6.52 petang (7.52 malam waktu Malaysia). Kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) di Jakarta menyebut, pusat gempa tersebut berlaku di kedalaman 10km dengan jarak 709 km barat daya Simeulue, Aceh.

- Pelajar Kita di Acheh Selamat!

Pelajar Malaysia di Aceh dan Padang dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi berkekuatan 8.9 pada skala Richter, yang berlaku pukul 3.38 petang waktu tempatan, Rabu.

Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha 1 Education Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinada Misnun berkata pelajar Malaysia di kedua-dua tempat menyelamatkan diri ke kawasan lebih tinggi bagi mengelak bencana tsunami.

"Ketika dihubungi, mahasiswa Malaysia di Aceh sedang menyelamatkan diri ke kawasan lebih tinggi bagi mengelakkan gelombang tsunami yang mungkin berlaku,” katanya.

Mahasiswa Malaysia di Padang juga dinasihat menyelamatkan diri ke kawasan tinggi sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman tsunami.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan harta benda akibat gempa bumi itu, bagaimapun pihak berkuasa belum menarik balik amaran tsunami.

Pihak berkuasa percaya gempa tektonik itu serta gempa susulan 8.5 pada skala Richter, dipercayai berpotensi menyebabkan tsunami di lima provinsi iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung.

- Feri, Jambatan Pulau Pinang Beroperasi Seperti Biasa!

Perkhidmatan feri dan laluan di Jambatan Pulau Pinang tidak terjejas sekalipun dua gegaran dirasai di negeri ini susulan kejadian gempa bumi di Aceh, Indonesia petang ini. Ketua Perhubungan Awam Penang Port Sdn Bhd, Suhailawati Ramli memberitahu, perkhidmatan feri Pulau Pinang masih beroperasi seperti biasa dan pihaknya sedang memantau keadaan.

"Jika kami dapat amaran tsunami di kawasan ini kami akan terus berhentikan operasi,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS Expressway Berhad (PLUS) Khalilah Mohd Talha berkata setakat ini pihaknya tidak menerima arahan agar menutup Jambatan Pulau Pinang. Jumlah kenderaan yang menggunakan jambatan juga seperti biasa, katanya ketika dihubungi.Beliau juga berkata PLUS tidak menerima laporan mengenai kejadian tidak diingini di jambatan itu susulan gegaran berkenaan.

- Tsunami Setinggi 0.8 Meter di Pantai Acheh!

Tsunami setinggi 0.6 meter dan 0.8 meter dilaporkan berlaku di pantai Sabang dan Meulaboh kira-kira pukul 6 petang (7 petang waktu Malaysia), kira-kira sejam selepas gempa bumi kuat melanda Aceh.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...