Edisi Hangat! Samad Said dilantik pengerusi bersama BERSIH!

Oleh Kaki Wayang on



Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang muncul 'ikon politik' ketika perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, hari ini dilantik sebagai pengerusi bersama gabungan itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Razab pula dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasanya.

"Bersih 2.0 mahu mengambil peluang ini untuk mengumumkan dua ahli jawatankuasa pemandu yang baru, Datuk A. Samad Said dan Ahmad Shukri Abdul Razab," kata kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Samad yang mesra dikenali sebagai "Pak Samad" bukan orang asing dalam pergerakan Bersih 2.0, kata kenyataan itu.

Beliau muncul sebagai antara personaliti utama menggerakkan perhimpunan 9 Julai lalu, menuntut pembaharuan sistem pilihan raya negara ini.

Bersih 2.0 meletakkan lapan perkara dalam tuntutannya.

Perhimpunan 9 Julai tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa manakala Bersih 2.0 pula diharamkan.

Bagaimanapun laporan media menyebut sekitar 50,000 orang menyertai perhimpunan itu.

Susulan perhimpunan itu, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi mengkaji sistem pilihan raya negara ini.

Sebelum ini Bersih 2.0 diketuai oleh Datuk S Ambiga.

Ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 yang lain ialah Andrew Khoo, Arul Prakkash, K Arumugam, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Datuk Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...