Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan
pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu
membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman
twitternya.
Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan
dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya
dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat
laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.
Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai
tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan
dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.
“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.
“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.
“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar’.
“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
AZWAN ALI DITAHAN ATAS UGUTAN BUNUH DAN BAKAR UMMI HAFILDA? Secara
terbuka Azwan Ali menyerang adik kandungnya sendiri di twitter… Mungkin
Azwan mendapat arahan dari Azmin untuk menutup mulut Ummi yang secara
lantang membidas Azmin baru-baru ini…
Tapi kalau iya pun Azwan benci kepada
adiknya… agak-agak la… kenapa harus mengelar adiknya “Betina Neraka”.
Betina selalunya di gunakan untuk gelaran binatang… dan tak baik
mendoakan adik kandung sendiri masuk neraka… Manusia jenis apa dia ni?
Dan kini mahu membunuh beliau selepas apa yang terjadi diantara mereka 2
minggu lepas. Mungkin ianya rentetan dari percakaran yang berlaku itu.
-
Bagaimanapun, esok Ummi Hafilda akan
menerangkan perkara sebenar yang terjadi diantara mereka. Berikut adalah
petikan dari twitter Azwan berkenaan ugutan beliau untuk membakar Ummi
Hafilda. Antaranya ugutan tersebut yang dilemparkan ditwitternya
berbunyi;
Slm. Jommm CEKUP si Bapok lahanat SAIFUL BUKHARI AZLAN? Kita REJAM idup idupppppppp,
Slm. Lets CEKUP juga si BETINA NERAKA Ummi, Kasi REJAM hidup-hidup! Bako mayat diaaaa
Kenyataan itu terang-terangan boleh
disabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaaan kerana melakukan ugutan
jenayah. Tidaklah diketahui sama ada Azwan benar-benar bermaksud
sedemikian atau hanya buat lawak…tetapi kalau hanya nak buat lawak
ternyata lawak itu sungguh kasar bunyinya. Dan sebagai orang yang ada
latarbelakang undang-undang, Azwan tentu tahu apa yang maksudkan dengan
kata-kata beliau itu.
Polis menahan bekas pengacara
televisyen, Azwan Ali bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan
jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya, Ummi Hafilda Ali
pada Jumaat lalu. Azwan yang pernah mengacarakan program Jangan Tidur
Lagi dikatakan ditahan pihak polis pada hari yang sama.
Ummi Hafilda yang membuat laporan di
Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) mendakwa Azwan membuat ugutan
untuk membunuh dan membakarnya melalui laman sembang Twitter, bulan
lalu. Namun, kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya
kerana kejadian tersebut berlaku di kediaman Ummi Hafilda di Kota
Damansara.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya,
Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan
mengenai kejadian itu. Menurutnya, susulan laporan itu, polis memanggil
dan menahan Azwan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun
Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Ummi.
Difahamkan, berdasarkan keterangan yang
diambil daripada Azwan pada hari sama, beliau mendakwa ugutan itu dibuat
atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan
lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan. Turut difahamkan, pihak
polis juga telah memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin,
isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan.
“Beliau (Azwan) dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas kita berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.
“Polis turut merampas dua buah telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.
Dalam pada itu, Ummi Hafilda dijangka mengadakan sidang akhbar esok bagi memberi penjelasan lanjut mengenai perkara ini.