"Saya peduli hape kalau Tuhan tu murka?
Selama ini segala dosa yang saya buat pun bukannya dapat apa apa balasan
pun dari Dia? Dimana Tuhan?"
Itu jawapan yang diberikan oleh
seorang manusia yang zahirnya dilahirkan berjantina lelaki tulen bernama
Shah ( dia ingin digelar sebegitu dan bukan nama sebenar) apabila
diajukan soalan tentang kehidupannya sebagai seorang gay dari sudut
perspektif agama.
"Saya dah bosan la bang orang
datang bagi 'syarahan' pasal dosa menjadi seorang gay ni. Bermacam macam
ustaz, alim ulama semuanya cakap benda yang sama: dosa dosa dosa. Takde
modal lain ke?"
Saya sabar mendengar keluhan
hatinya itu sambil menarik asap rokok Dunhill merah. Kedengaran kanak
kanak bermain sambil menyanyikan lagu Nenek Nenek Si Bongkok Tiga di
meja belakang.
"Saya mengaku saya seorang Islam
tetapi saya tak menafikan bahawa saya seorang gay. And I'm proud of it!
Bukan saya minta menjadi seorang gay, memang saya dilahirkan begini.
Bagaimana saya nak melawan nafsu dan dorongan saya kalau dah dilahirkan
begini?"
Anda keliru?
Ingin saya nyatakan disini bahawa
Shah ialah salah seorang pengikut blog gay Sherita Aziz seperti yang
telah disingkap kegiatannya di laman blog Mazidul Akmal Sidik ( klik
disini http://bit.ly/u0HeaW ). Tujuan
Shah berjumpa dengan saya kerana dia tidak berpuas hati dengan apa yang
telah ditulis oleh abang Mazidul di blog beliau mengenai kegiatan gay
di alam maya.
Shah mencapai Blackberry Torch nya
untuk membalas pesanan ringkas daripada sahabatnya, sementara saya
meminta segelas ais kosong daripada pelayan restoran. Maklum lah, senang
dapat kencing manis, maka ais kosong lah saya teguk.
Shah menyambung bicaranya, "Saya
tahu menjadi gay ini salah dari segi agama tapi seperti yang saya cakap,
dimana Tuhan? Waktu saya main bontot lelaki lain, dimana Tuhan? Saya
buat dosa, dimana balasan dari Tuhan? Orang cakap ingat balasan akhirat,
eh tu kubur sendiri masing masing punya la. Balasan buat dosa didunia
pun saya tak nampak, inikan pula balasan akhirat? Haha!"
Sungguh megah sekali dia berbicara.
Tetapi saya diamkan diri lagi kerana mahu mendengar apa yang ingin dia
luahkan lagi jauh dari sudut hatinya.
Walhal semasa menelefon saya untuk
berjumpa dia amat takut apabila saya memberi cadangan agar abang Mazidul
turut bersama menyertai kami.
"Kami warga gay memilih untuk menjadi gay
walaupun dilahirkan Islam. Itu pilihan kami sendiri. Itu hak kami
sebagai manusia. Jadi tolong lah respek kami dan jangan kacau kami lagi.
Kalau tak suka, blah la dari blog tu. Apa susah? Kami bukan kacau
sesiapa pun, kenapa nak kacau kitorang?"
Sepanjang perbualan kami, jelas
terpampang di wajah Shah bahawa dia sedang marah. Membelek jam tangan,
saya tengok waktu sudah kian meningkat. Saya bertanyakan satu lagi
soalan kepadanya.
"Kau mengaku kau Islam tapi kau mengaku kau gay. Kau ada buat solat lima waktu?"
"Solat bang. Cuma solat Jumaat sahaja, nak cover up takut orang banyak bertanya"
Saya padamkan rokok yang dihisap.
"Beginilah Shah. Bercakap pasal
agama dengan kau memang tak jalan sebab kau dah hari hari dengar benda
sama tapi tak makan saman. Nak menyuruh kau bertaubat, tak boleh kerana
pintu hati kau belum terbuka. Nak paksa atau pukul kau untuk hentikan
kegiatan kau memang tak boleh kerana Islam bukan agama paksaan dan bukan
agama yang ganas".
"Betul tu bang, betul betul saya
sokong". Pertama kali kulihat dia senyum sejak pertama kali dia duduk
semeja dengan ku setelah sejam setengah.
"Saranan aku, kau keluar Islam.
Tolong jangan kau cemar dan nodai nama baik agama Islam dengan kepuraan
serta kegiatan songsang kau. Bila dah terbuka hati nak taubat, kami
hulurkan dua tangan menjemput kau masuk Islam semula. Kedua, kau tukar
warganegara. Memandangkan kau dah lupa asal usul kau dan kau rasa tidak
bebas kau menjalankan aktiviti main bontot di negara ini. Kau boleh buat
semua ini?"
Dia terdiam seribu bahasa.
"Kau cakap korang ada hak sebagai
manusia, kami pun ada hak sebagai penduduk tanah air ini juga dan kami
majoriti. Islam pegangan hidup kami, Malaysia tanah air kami. Abang
Mazidul tegur kerana tidak mahu korang merebakkan penyakit kronik korang
di kalangan anak bangsa kami".
Ketika ini muka Shah a.k.a gay hero kampung sudah mula merah padam.
"Aku nak quote ayat kau tadi tapi
aku nak modify sikit je: Kalau tak suka, blah la dari agama dan negara
kami, boleh kami katakan perkara yang sama juga pada korang. Kerana ini
hak kami. Kalau balasan Tuhan pun kau boleh persoalkan, inikan pula
keputusan untuk tukar agama".
Shah terus mengemaskan barang barangnya dan mengangkat kaki beredar tanpa berkata apa apa.