Entri Melekat - Saya
terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang blogger dengan
harapan agar ramai pembaca yang dapat membantu adik Suhaila ini. Jom kita
sama-sama baca rentetan kisah beliau dan marilah kita sama-sama kongsikan
artikel ini dan buatlah post artikel ini di blog anda, mudah-mudahan dengan
tindakan dan usaha kita yang tidak seberapa ini mampu untuk membantu
meringankan dugaan Allah S.W.T yang ditempuh oleh adik Suhaila ini.
Ini Kisahnya:-
SUHAILA sebelum ini merahsiakan apa yang
dihadapinya. Bila sakit menyerang, dia lebih suka berkurung dalam bilik. Apabila
kerap bersembunyi berjam-jam, kami semua mula menyedari ada sesuatu yang tidak
kena. Dan saya pula pada awalnya hanya menganggap Suhaila hanya senggugut
setiap kali datang bulan.
Tetapi
apabila mendapati setiap bulan Suhaila menanggung sakit sampai menangis, saya
bawa dia jumpa doktor.
Pada
awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor. Tetapi,
kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad mendapatkan khidmat
pakar.
Kata
pakar, anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan. Tetapi apabila
pembedahan dilakukan, doktor terperanjat apabila mendapati Suhaila mempunyai
dua rahim dan satu buah pinggang.
Doktor
menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat
dirujuk di sana.
Bagi
mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit. Setiap hari pula,
Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi mengelakkannya datang
haid.
Mendapat
maklumat daripada seorang teman tentang pakar perubatan di Hospital Universiti
Sharjah, Dubai berjaya melakukan pembedahan kepada seorang kanak-kanak perempuan
13 tahun, yang mempunyai kes sama seperti Suhaila, hati ibu ini berbunga riang.
Sebagai
ibu saya sentiasa berfikiran positif. Walaupun tahu ada risikonya, tetapi saya
yakin dengan kuasa ALLAH. Segalanya akan berjalan lancar, dan anak saya akan
sembuh seperti sedia kala.
Lebih
baik saya mencuba daripada tidak melakukan apa-apa untuk Suhaila.
Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi.
Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi.
Saya
masih buntu memikirkan kaedah bagi mendapatkannya sebelum berlepas ke Dubai 19
Mac ini.
Pembedahan
segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak saya.
Hasil
sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua sudah dibeli. Ada
pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumbangan bagi meringankan beban
tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya masih tidak cukup.
Pastinya
ada yang bertanya mengapa perlunya pembedahan di luar negara. Kes Suhaila
masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini belum ada kepakaran.
Pihak
hospital memaklumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa sebelum
pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh dilakukan. Kelewatan
membuat pembedahan hanya akan mendedahkan Suhaila kepada risiko.
Bagaimanapun,
saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat sokongan daripada hospital
bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi Suhaila. Ketiadaan surat itu
menyebabkan bantuan dana membiayai kos perubatannya terbantut.
Sebelum
ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000 bagi membiayai
pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana ketiadaan surat
sokongan daripada hospital kerajaan.
Saya
sangat berharap kekangan mendapatkan surat sokongan daripada hospital dapat
disegerakan bagi menyelamatkan nyawa Suhaila.
Tolonglah!
Permudahkanlah usah saya ini. Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila!
Bagi yang mampu, anda diminta berbuat demikian dengan memberi sumbangan menerusi Akaun yang tertera di bawah. Marilah kita sama-sama berdoa agar dugaan yang ditempuhi oleh Adik Suhaila dan keluarganya ini mampu dihadapi dengan tabah.
Bagi yang mampu, anda diminta berbuat demikian dengan memberi sumbangan menerusi Akaun yang tertera di bawah. Marilah kita sama-sama berdoa agar dugaan yang ditempuhi oleh Adik Suhaila dan keluarganya ini mampu dihadapi dengan tabah.
Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi AKAUN MAYBANK MILIK HANITA: 112101581281