Edisi Tips Blog! Macam Mana Awak Mampu Capai Trafik Beribu-Ribu Sehari Eh?

Oleh Kaki Wayang on


Agak ramai jugalah yang bertanyakan macam mana saya mampu capai trafik beribu-ribu sehari. Sejak beberapa minggu kebelakangan ni, trafik blog bolehlah dikatakan agak baik berbanding sebelum-sebelum ni. Kalu dulu nak capai 100 PV mak aih bukan main payah lagi.

Masuk je bulan Februari baru ni, saya dah letakkan angka 6000 sehari sebagai target, dan kemudiannya mensasarkan 1juta Pageviews pada tahun ini. Pada ketika ini, angka 6000 itu bukan lagi mustahil untuk dicapai. Ianya sangat mudah dicapai, dengan syarat kita kena berusaha. Tanpa usaha tidak akan muncul angka 6000 PV dan 2000 UV sehari.

Sebagai motivasi buat korang semua (bukan nak menunjuk), saya kini sudah mencapai 10k Pageviews sehari disamping 3600 UV sehari. Pada 2 hari yang lepas saya mampu capai 23,000 hingga ke 25,000 PV sehari disamping 17,000 UV.

"Mustahil la awak nak capai banyak tu". Blog saya tu dahlah tak update, orang masuk pun tak ramai. Nak capai 100 pun payah. Kini saya sudah buktikan saya boleh. Kalau saya mampu anda juga mampu, cuba tanya Abg Ben, Cik Epal, Eyriqazz, YanmieOnline dan sesiapa jua blogger otai, mereka juga bermula daripada bawah.   

Tapi macam mana eh nak dapatkan trafik sampai 24k sehari tu?

Update Blog Anda

Hanya dengan mengemaskini (update) blog anda sahaja yang mampu menarik perhatian pembaca ke blog anda. Cuba anda bayangkan dalam sebulan anda hanya post sebanyak 4 artikel sahaja iaitu setiap minggu hanya satu artikel sahaja. Maknanya pembaca perlu menantikan selama seminggu untuk membaca entri terbaru anda. Sudah tentu pembaca setia anda akan lari ke blog lain yang lebih update dan terkini.

Kalau anda mampu cubalah kemaskini blog anda 2,3 artikel sehari. Buat permulaan ini, cuba untuk tarik pembaca anda dengan artikel-artikel yang anda rasakan mampu menarik mereka. Sebagai contoh Isu-isu semasa, keagamaan ataupun tips-tips berblog mahupun tutorial widget untuk blog. Anda juga boleh berkongsi resepi-resepi masakan di blog anda. Tips berfesyen yang betul, tips diet atau tips-tips yang dirasakan sesuai.

Kenapa? Sebab semua itu merupakan artikel-artikel yang kuat untuk dijadikan bahan bacaan. Sesetengah blog memaparkan cerita-cerita LUCAH, VIDEO LUCAH, Gaambar bogel dan macam-macam lagi. Tapi sampai bila blog anda mahu memaparkan blog sedemikian? Mahukah blog anda dicop sebagai BLOG LUCAH?

Saya juga boleh buktikan tanpa post artikel lucah pun kita masih mampu dapatkan trafik yang banyak. Sebagai contoh, pada ketika ini isu SBPA dan SSM merupakan isu yang hangat diperkatakan. Kita sebenarnya sebagai blogger harus berfikir dengan pantas dan kreatif. Kita kena fikir apa yang pembaca nak. Sebagai contoh saya gunakan “Jadual Gaji SSM 2012 Mengikut Gaji Minimum-Maksimum” sebagai tajuk. Sudah tentu para pembaca dan pencari maklumat mahukan artikel da pengetahuan berkenaan. Sudah pasti tajuk itu berada di page pertama enjin carian Google, Yahoo mahupun Bing.

Ping Blog Anda

Dah update kan? Sekiranya anda merupakan blogger baru apatah lagi yang baru sebulan dua ataupun seminggu dua. Sudah tentu tidak akan ada manusia walau seorang pun kecuali anda akan masuk blog anda. Kenapa? Sebab tidak ada seorang pun lagi yang tahu akan kewujudan blog anda. Apa yang korang perlu buat adalah dengan ping blog anda ataupun artikel-artikel terbaru di laman-laman ping. Tapi kalau blog anda seteguh Yuyu Zulaikha dan sepopular Lyssa Secret dan secomel Cik Epal anda tidak memerlukan laman ping ini kerana anda sebenarnya sudah mempunyai pembaca setia dan pembaca tetap setiap hari.

Tapi kalau anda rasa blog anda jenis yang dalam sehari ada 12 orang je yang online pastu hilang anda seorang sahaja yang online. Maknanya anda perlu lakukan ini. Ping blog dan artikel anda di sini:-
  1. Busuk.Org
  2. Ohbelog
  3. Blogged.my
  4. Kartikel.com
  5. Apesal.com
Dan banyak lagi yang tak dapat saya senaraikan di sini. Silakanlah mencuba yer. Semoga berjaya. Apa yang penting anda tidak melanggar terma dan syarat laman-laman ping berkenaan.

Dan yang paling mudah adalah menyertai Fanpage Kelab-kelab Blogger Semalaysia seperti:-
  1. Kelab Blogger
  2. .Sahabat Lulu Caldina
  3. Blogger Kongsi Sesuatu
  4. Jom Blogwalking
  5. Geng Blogger Malaysia
  6. Kongsi Link Belog
  7. Kami Blogger Pilihan
Dan terdapat berpulu-puluh lagi laman Fanpage blogger terkenal yang lain. Cuma tak mampu untuk saya senaraikan satu persatu. InsyaAllah saya akan update dari masa ke semasa.

Cukuplah setakat ini dulu yang mampu saya kongsikan. Saya akan cuba menambah beberapa lagi tips mudah yang mampu menjana trafik yang banyak ke blog anda. Dan percayalah semua tips yang saya kemukakan di sini berjaya untuk membawa saya ke tahap ini.

Bersambung...!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
6 Comments

{ 6 Komen Membina!... read them below or add one }

Emma said...

tengah try =)

Kaki Wayang said...

Eh lajunya komen..hahahahahaha..selamat mencuba!!!

Unknown said...

try my best....

eqbalzack said...

setiap yg kita usahakan insyaallah berjaya, abg eq skrg ni maintain je...nak update 2-3 tak daya KW. sebab priority kena bagi pada thesis doctorate ni...hehe

Kaki Wayang said...

Tak pe Abg EQ, blog abg dah ada peminat dan pembaca setia..bukan macam blog ni..kena update sentiasa itu pun kalau nak pembaca sentiasa ada..kena usaha lebih kalau nak bagi orang lain baca blog kita..kalau mcm abg eq..sehari tak update pun tak pe..sebab tetap ada pembaca..

Syafiq Ahadin said...

moteppp!! hehe!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...