SAYA seorang wanita dan pernah melakukan perbuatan tidak bermoral
bersama dengan pasangan iaitu seorang wanita juga. Adakah ia tergolong
sebagai perbuatan zina sedangkan dia bukan seorang lelaki.
Definisi zina merujuk kepada perlakuan seorang lelaki dan perempuan
yang melakukan hubungan seksual. Namun sekarang, alhamdulillah saya
sudah meninggalkan perbuatan terkutuk saya pernah lakukan dulu dan ingin
bertaubat dengan sebenar-benarnya.
JAWAPAN:
ANTARA definisi zina ialah ‘menyetubuhi perempuan pada kemaluannya
secara haram tanpa sebarang syubhah.’ Menurut Dr Faizah Haji Ismail
(1996: 175), perhubungan jenis sesama lelaki atau sesama perempuan tidak
dikategorikan sebagai zina.
Bagaimanapun, kedua-dua perbuatan itu tetap haram dan berdosa besar dan boleh dihukum takzir. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan bersetubuh dengan seorang perempuan maka keduanya sudah berzina.” (Hadis riwayat al-Baihaqi).
Perbuatan itu adalah kesalahan berat sehingga menyerupai perbuatan zina. Tiada pilihan lain selain bertaubat kepada Allah s.w.t atas keterlanjuran yang pernah dilakukan itu.
Bertaubat di sini ialah kembali taat kepada perintah Allah dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Anda boleh menunaikan solat sunat taubat dengan niat: “Sengaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”