Edisi Terkini! SBPA tidak berapa sesuai dengan 1Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on


Langkah kerajaan membatalkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat responsif terhadap kehendak masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, langkah itu diambil setelah satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menilai semula SBPA berpendapat ia tidak berapa sesuai dengan gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

"(Justeru) Perdana Menteri telah mengambil satu langkah (untuk) menilai balik (SBPA)," katanya selepas merasmikan set tren MyKomuter yang operasinya bermula hari ini.

Pembatalan skim SBPA itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu perhimpunan khas dengan penjawat awam di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin berkata, cadangan SBPA itu telah dikemukakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi selepas ia diteliti semula kerajaan mendapati ada beberapa perkara dalam skim itu yang perlu dipinda.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata dengan keputusan ini, guru-guru juga diharap berasa gembira kerana kerajaan akan melaksanakan seberapa segera janji-janjinya sebelum ini.

"Macam perdana menteri kata, guru-guru jangan gundah gulana, apa yang dijanjikan dalam bajet itu (Bajet 2012) akan dipenuhi dan mungkin dalam tempoh yang terdekat perincian itu akan dimaklumkan oleh pihak JPA. Dengan jaminan perdana menteri itu, kita harap ia akan dapat memuaskan hati," katanya.

Ketika ditanya sama ada tarikh pilihan raya umum ke-13 telah hampir memandangkan kerajaan sudah menyelesaikan isu SBPA, Muhyiddin berkata, "Belum ada sebarang keputusan yang jelas mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13."

"Semua orang boleh membuat spekulasi kononnya pilihan raya akan berlaku sebaik sahaja kerajaan menyelesaikan status kedudukan SBPA, tidak ada salahnya.

LAGI BERITA TERKINI:



Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...