Edisi Sedih! Ibu Nurin Jazlin sedih nasib Dirang!

Oleh Kaki Wayang on


"Ya ALLAH... mengapa ini perlu berulang lagi? "Bulu roma saya meremang selepas mengetahui nasib Dirang. Air mata saya mengalir laju membasah pipi. Saya seperti nampak Nurin Jazlin Jazimin. Seperti sama-sama menangis mendengar bencana yang menimpa Dirang pula.

"Di hadapan mata, saya seperti sedang ditayangkan peristiwa menimpa anak saya lebih empat tahun lalu." Itulah yang diluahkan Norazian Bistaman, 40, ibu Nurin Jazlin, kanak-kanak yang dibunuh kejam pada September 2007 lalu.

Norazian tidak dapat mengawal sebak selepas mendengar berita Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, dipercayai dibunuh kejam sebelum mayatnya dibakar di sebuah ladang kelapa sawit di Nusai Damai, pasir Gudang Johor.

"Apa yang berlaku pada Dirang hampir sama seperti malang yang menimpa puteri kedua saya, Nurin Jazlin.

"Pencarian Dirang yang berakhir dengan berita perit ini sama dengan yang pernah kami lalui. Pedih dan perit yang dirasai Lima Medeng dan Roselyn Alan tidak ubah dengan apa yang saya dan suami pernah rasa.

"Kepada keluarga Dirang, bersabarlah... ini semua adalah dugaan. Apalah yang mampu kita lakukan selain berharap si durjana di luar sana itu segera mendapat balasan," katanya lagi.

Selain turut bersedih dengan kejadian menimpa Dirang, pada masa sama, Norazian meluahkan rasa marah dan geram pada manusia yang tergamak membunuh kanak-kanak tidak berdosa itu.

“Tidak kisahlah sama ada pembunuh anak saya atau Dirang itu orang yang sama atau tidak. Tetapi apa yang saya hendak katakan, pembunuh itu pasti tidak akan terlepas. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tangan juga!” katanya lagi.

Dalam pada itu Norazian berkata, dia berharap supaya masyarakat tidak sewenang-wenangnya gemar mengaitkan kes kanak-kanak hilang dengan dendam atau melibatkan pemberi pinjam tanpa lesen (ah long).

“Masyarakat janganlah suka kaitkan kes budak hilang  dengan perkara seperti itu. Sebaliknya, bersama-sama memberi pesanan supaya semua ibu bapa berhati-hati dalam mengawasi anak,” katanya.

Dari nada suaranya, jelas wanita itu benar-benar rasa terpukul dengan kejadian menimpa Dirang.

Pada 20 Ogos 2007, puteri comelnya, ketika itu murid tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang setelah keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Pencarian berakhir apabila mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg yang diletakkan di hadapan premis perniagaan di Petaling Jaya dan hasil bedah siasat mengesahkan Nurin  Jazlim mati akibat didera secara seksual.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

RamRamCute said...

manusia semakin hari semakin kejam dan tidak berperikemanusiaan..

Kaki Wayang said...

Assalammualaikum Kak, hai..lama tak dengar berita..aah kak..semakin hari semakin membimbangkan..dalam rumah pon sanggup bunuh (merujuk kepada kes bunuh terbaru)..ini kan pula membiarkan anak berkeliaran di luar rumah..merisaukan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...