Edisi Sentap! Dakwaan Rosmah Mansor Beli Ijazah, Ini Jawapannya! Tak kuasa I kata Rosmah!

Oleh Kaki Wayang on

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau telah membayar wang untuk mendapatkan ijazah kedoktoran kehormat yang diterimanya daripada Curtin University. Katanya, beliau menerima ijazah tersebut memandangkan anugerah itu sendiri diberikan oleh universiti tersebut.

"Ada yang kata saya bayar Curtin (untuk dapatkan ijazah tersebut). Tak kuasa saya... "Daripada saya bayar lebih baik saya beri sumbangan kepada Wiranita PERKASA.

"Mungkin sebab dia selalu bayar, sebab itu dia kata saya bayar," katanya lagi dalam ucapannya di majlis makan malam pertubuhan itu malam tadi. Tambahnya, beliau diberitahu mengenai penganugerahan ijazah kedoktoran itu sejak Disember lalu.

Dakwaan bahawa Rosmah membayar wang untuk dianugerahkan ijazah tersebut timbul susulan majlis penerimaan ijazah berkenaan pada 12 Februari lalu yang mendapat liputan meluas media.

Ibrahim Ali: Penting ni, ramai dok bercakap

Isu berkenaan juga ditimbulkan oleh pembaca Malaysiakini. Mengulas lanjut, Rosmah berkata beliau tidak kisah dengan tohmahan yang dilemparkan itu.

"Janganlah percaya apa yang didengar... Biaq pi la (biarlah), esok dialah yang terpaksa jawab bila dah sampai sebelah sana (meninggal dunia)," katanya lagi kepada kira-kira 700 orang yang hadir.

Rosmah turut bersyukur kerana presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali turut menyokong beliau dalam isu tersebut. Dalam ucapannya terdahulu, Ibrahim antara lainnya berkata ijazah kehormat tersebut melayakkan Rosmah digelar "srikandi negara." Tambahnya, Rosmah juga seorang individu yang luar biasa kerana sering dilemparkan fitnah oleh pembangkang dan juga media baru "yang nakal dan tidak bertanggungjawab." Beliau juga meminta Rosmah mengulas fintah berkenaan -- "Penting ni. Ramai dok bercakap. Malam ni saya kira selesai."

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...