Edisi Sentap! Pesawat Tertunda Akibat Lampin Pakai Buang!

Oleh Kaki Wayang on

Pesawat Tertunda Akibat Lampin Pakai Buang
Lampin pakai buang yang tersangkut di dalam lubang tandas telah menyebabkan penerbangan pesawat Qantas 825 yang dalam perjalanan dari Darwin ke Brisbane tertunda dan terpakasa mendarat di Lapangan Terbang Mount Isa pada Ahad.

Keadaan itu berlaku selepas penumpang dan kakitangan penerbangan mengadu telah mengidu bau busuk yang disangkanya datang dari kabin.

Namun selepas disiasat barulah mereka mengetahui bahawa bau itu datangnya dari lubang tandas akibat tersumbat dengan lampin pakai buang bayi.

Ketika kejadian, terdapat 161 penumpang dan mereka terpaksa dibawa turun daripada pesawat dengan menaiki forklift memandangkan lapangan terbang Mt Isa tidak mempunyai kemudahan untuk pesawat jenis Boeing 767 itu.

Ia mengambil masa selama dua jam untuk membawa turun penumpang kerana forklift itu hanya mampu memuatkan lima orang pada satu-satu masa.

Sementara Qantas pula terpaksa menyediakan pesawat lain untuk membawa penumpang ke Brisbane, namun bagasi mereka terpaksa ditinggalkan dalam penerbangan 767 itu kerana Lapangan Terbang Mount Isa itu tidak mempunyai keupayaan untuk memindahkannya.

Kejadian berkenaan bagaimanapun tidak mencetuskan kemarahan penumpang sebaliknya mereka menyuarakan rasa puas hati dan sokongan terhadap Qantas.

“Saya dimaklumkan oleh salah seorang kakitangan bahawa tanda tersebut bocor.

“Mereka melakukan yang terbaik untuk memberikan kemudahan kepada kami termasuk membelikan Pizza di Mount Isa,” kata salah seorang penumpang.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...