Edisi Hangat! Faizal Tahir Mahu Bakar Diri di Pentas AJL!

Oleh Kaki Wayang on

Setiap kali tibanya malam Anugerah Juara Lagu (AJL), umum pasti tidak sabar untuk menantikan persembahan dari Superman Malaysia, Faizal Tahir. Ramai yang ternanti-nanti apakah kejutan atau gimik yang akan dilakukan oleh pemenang Persembahan Terbaik di AJL sebanyak dua kali ini.

Pada Anugerah Juara Lagu ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi, penyanyi yang cukup dikenali dengan persembahan hebat dan bertenaga ini menggemparkan segenap penonton di stadium dan di rumah, apabila membuat kejutan dengan membakar piano ketika persembahan lagu Karma.



“Bagi saya ini bukan gimik, ini biasa saja. Kalau diikutkan idea asal saya, lagi tak masuk akal. Pada asalnya saya nak bakar diri saya tapi pihak produksi tak benarkan. Saya rasa, kalau dapat buat idea itu, memang seronok,” ujar Faizal memberitahu sanggup membuat apa saja untuk memberikan persembahan yang terbaik buat peminatnya.

“Saya berani buat apa saja dan saya tak kisah ‘push’ diri saya untuk orang lain. Saya rasa idea nak bakar diri itu tak mustahil kerana memang ada sut khas untuk aksi ini. Rasanya mereka takut rambut saya terbakar agaknya. Apa-apapun, saya tak kecewa cuma jika dapat buat idea itu, lagi bagus.”

Ditebak dengan persoalan tidakkah beliau risau dengan membakar piano akan menjadi isu besar memandangkan sebelum ini pun jika ada penyanyi yang memijak piano sudah dikira sebagai tidak menghormati dan menyentuh sensitiviti pengkarya muzik, Faizal menjawab,

“Itu hanya alat muzik saja. Bagi saya asal bukan sejadah, Al-Quran atau benda-benda keagamaan, saya rasa tak menjadi masalah. Walau bagaimanapun, jika ada yang rasa tidak sesuai, saya minta maaf. Saya memang tak boleh nak puaskan semua pihak.”

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...