Edisi Hangat! Kalah Dalam Nyanyian, Meletup Dalam Lakonan...Itulah Rezeki Aiman!

Oleh Kaki Wayang on

Kalah Dalam Nyanyian, Meletup Dalam Lakonan...Itulah Rezeki Aiman
Sekarang ini ramai yang memperkatakan mengenai drama Vanilla Coklat yang khabarnya mendapat rating yang tinggi di TV3. Drama Vanila Coklat menceritakan tentang kisah pelajar lelaki dan perempuan yang saling membenci antara satu sama lain. Namun atas permintaan keluarga, mereka dipaksa berkahwin tanpa rela.

Akan tetapi sebelum perkahwinan berlangsung, mereka telah menetapkan satu perjanjian selepas enam bulan berkahwin, mereka akan bercerai dan mengikut haluan masing-masing.

Ia dibintangi pelakon terkenal seperti Izara Aishah dan Iqram Dinzly. Dan yang paling diperkatakan adalah kehadiran pelakon baru dalam drama tersebut, Aiman Hakim Ridza.




Dengan berbekalkan wajah yang tampan, kehadiran Aiman dalam drama tersebut ternyata melonjakkan lagi populariti drama berkenaan.

Namun tak ramai yang tahu, sebelum terjun ke bidang lakonan, Aiman merupakan protege kepada penyanyi rock, Rahim Maarof daripada pertandingan nyanyian Mentor musim kelima (Mentor 5).

Penyingkiran Aiman dalam program tersebut pernah mencetuskan kontroversi apabila Rahim seolah-olah tidak puas hati dengan kritikan pengkritik tetap Datuk Ramli M.S. terhadap Aiman.

Pada penghujung konsert minggu keempat Mentor 5, Rahim mencabar Ramli supaya menyertai Mentor musim akan datang dan melatih protegenya sendiri.

Ia ekoran kritikan-kritikan pedas komposer berasal dari Singapura itu terhadap persembahan Aiman sehingga cabaran Rahim terhadap Ramli itu dilihat agak panas dan serius bunyinya.

Apapun betullah kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Siapa sangka Aiman yang kalah dalam nyanyian boleh meletup dalam lakonan!

Semoga ini boleh memberi perangsang kepada kita semua agar jangan mudah putus asa dalam mengejar cita-cita, manusia hanya mampu merancang dan Allah SWT sahaja yang berhak menentukan segala perkara yang menjadi ketentuan-Nya.
 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...