Edisi Hangat! Lelaki kena tahan di Batam sah Helmi!

Oleh Kaki Wayang on

Polis semalam mengesahkan lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia di Batam, Jumaat lalu, atas kesalahan memiliki dokumen palsu, adalah lelaki sama dicari sejak tiga tahun lalu berhubung penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita Selangor.

Difahamkan, identiti sebenar lelaki itu yang menggunakan nama samaran Azmin Helmi, disahkan berdasarkan cap jari yang dihantar polis Indonesia kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) beberapa hari lalu. 

Sumber berkata, identiti suspek sudah diperoleh dan lelaki terbabit adalah individu sama yang dikehendaki Polis Kuala Lumpur sejak 2009 bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Exco Selangor. 
 
“Polis Indonesia tidak menemui sebarang dokumen mengatakan lelaki itu adalah Helmi Malek yang dicari polis Malaysia, namun identiti sebenarnya dapat dikesan menerusi cap jari yang dihantar kepada Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa Indonesia untuk melengkapkan siasatan berhubung kesalahan suspek di republik itu.

“Kita mengesahkan penahanan suspek di Indonesia dan menyerahkan kepada pihak berkuasa negara itu untuk melengkapkan siasatan mereka kerana suspek turut melakukan kesalahan di negara berkenaan.

“Bagaimanapun, kita sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Berita Harian, semalam.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata pihak sedang menunggu tindakan Indonesia terhadap lelaki terbabit, sama ada diusir atau dikenakan hukuman mengikut undang-undang negara berkenaan.

Katanya, jika pihak berkuasa Indonesia memutuskan untuk mengusir lelaki itu, PDRM akan mengambil tindakan susulan bagi membantu siasatan berhubung kes penyebaran gambar berkenaan.

Dia ditahan polis Indonesia di Batam ketika cuba memohon pasport negara itu menggunakan dokumen palsu, termasuk kad pengenalan dan sijil kelahiran palsu. Dia mengaku warga Malaysia, selain dikehendaki polis Malaysia berhubung satu kes jenayah dan meminta tidak dihantar pulang.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...