Edisi Kisah Benar! Tiga Gadis Murtad, Ibu Bapa Beri Kebebasan - Cinta Terpesong!

Oleh Kaki Wayang on

INSAF...seorang daripada tiga gadis terbabit ditemu ramah wartawan Harian Metro. 

Kemaruk cinta keterlaluan, bukan saja menyebabkan segelintir gadis Melayu tanpa berfikir panjang menyerahkan tubuh kepada teman lelaki, malah lebih menyedihkan ada yang sampai tahap keluar daripada agama Islam atau murtad.

Fenomena itu berlaku selepas mereka yang masih muda dan mentah, kurang kawalan ibu bapa serta cetek didikan agama, bercinta dengan lelaki bukan Islam lalu dengan mudah terpengaruh anutan agama kekasih masing-masing.
 
Ikuti pengalaman tiga gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, Azlin dan Laili kepada Harian Metro mengenai keterlanjuran mereka sebelum diselamatkan dan kini diberi bimbingan untuk kembali ke pangkal jalan.
 
RINA, 20, dari Melaka

“Saya bersekolah sehingga Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan tinggal bersama ibu selepas dia dan ayah bercerai ketika saya kecil. Sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, saya dimanjakan dan segala kemahuan dituruti.

Kerana tidak minat belajar, saya mengambil keputusan untuk bekerja pada usia masih muda dan daripada situ mula bergaul dengan rakan termasuk yang bukan Islam.

Hampir setiap malam saya keluar berhibur di kelab malam dan arak menjadi minuman biasa. Saya gembira dengan kebebasan dimiliki terutama selepas hidup menyewa dengan rakan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...