Edisi Sengal! Lelaki tunjuk punggung kepada Ratu didenda!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang lelaki semalam didenda Aus$750 (RM2,446) kerana menayangkan punggungnya ke arah Ratu Elizabeth II ketika lawatan beliau ke Australia tahun lalu. Lelaki itu juga berkata dia akan melakukan perbuatan itu lagi. 

Pekerja bar di Sydney, Liam Warriner, 22, mengaku bersalah atas tuduhan melakukan gangguan awam ketika lawatan ratu berusia 85 tahun itu ke Brisbane, ibu negeri Queensland Oktober lalu.

Dalam perbiacraan di mahkamah majistret Brisbane, Warriner didapati menanggalkan seluar panjangnya dan berlari di samping kenderaan ratu sepanjang 50 meter dengan bendera Australia dikepit di celah punggung, lapor media.

Dia memberitahu polis perbuatannya sebagai protes politik untuk menunjukkan kebencian terhadap anggota monarki dan elit.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...