Edisi Terkini! Adele gondol 6 kategori Anugerah Grammy!

Oleh Kaki Wayang on


Penyanyi British, Adele menyapu bersih enam trofi Anugerah Grammy edisi ke-54. termasuk kategori Lagu Terbaik melalui Rolling in the Deep dan Album Terbaik, 21. Adele, 23, turut memenangi Rekod Terbaik, Album Pop Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik dan Video Muzik Pendek Terbaik pada malam anugerah gilang-gemilang itu.

Beliau berjaya mengetepikan mengalahkan calon popular lain seperti Lady Gaga, Bruno Mars, Katy Perry dan Foo Fighters.

Pada acara itu, Adele turut mengadakan persembahan pertamanya menerusi lagu Rolling in the Deep selepas berehat selama beberapa bulan kerana menjalani pembedahan memperbaiki masalah tekak dan peti vokalnya pada November lalu.

Laporan..


 
PENYANYI Adele merangkul enam trofi yang dimenangi pada Anugerah Grammy ke-54 di Los Angeles, pagi ini. Adele memenangi anugerah Persembahan Pop Solo Terbaik untuk lagu 'Someone Like You', Lagu Terbaik, Album Terbaik dan Muzik Video Terbaik untuk lagu 'Rolling in the Deep', Album Terbaik serta Vokal Terbaik di dalam album '21'.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...