Edisi Terkini! Susulan Kes Nurul Zakiah Hidayah Azman Lari dari rumah terjawab - terkena ilmu pengasih!

Oleh Kaki Wayang on



Nurul Zakiah Hidayah Azman yang lari dari rumah selepas termakan pujukan kekasihnya sejak 14 Februari lalu dikatakan telah terkena ilmu pengasih lelaki Pakistan tersebut hingga menyebabkan dia mula berbohong dan melawan cakap orang tua.

Andaian tersebut dibuat selepas perangai pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting di sini itu berubah dalam sekelip mata sejak berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan atau nama sebenarnya, Arsad Mohd., 20-an.

Samer Khan memiliki wajah kacak ala pelakon Bollywood dan berbadan sasa ala ahli gusti.

Ibu saudara Nurul Zakiah, Norlaila Saad, 43, berkata, sebelum mengenali lelaki itu, gadis tersebut seorang yang jujur dan mudah menerima nasihat.

Katanya, antara perubahan sikap yang paling ketara ialah Nurul Zakiah akan mula gelisah dan tidak tentu arah jika tidak dapat bertemu dengan pujaan hatinya itu dalam tempoh 48 jam.

“Bimbang dengan kelakuannya itu, saya telah memberitahu bapanya, Azman Saad yang dia disyaki telah terkena sihir namun kami tidak sempat berbuat apa-apa kerana dia telah melarikan diri terlebih dahulu.

“Saya sudah anggap dia seperti anak sendiri. Sejak kehilangannya, kami telah membuat pelbagai usaha untuk mencarinya termasuk membaca Yasin dan solat hajat tetapi nampaknya doa kami belum dimakbulkan,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

P/s: Ustaz Kaki Wayang (amin..) ingin berpesan kepada semua..pertamanya menyambut Valentine's Day adalah haram sama sekali..tidak ada pertikaian di situ..keduanya..apabila ingin bercinta dengan sesiapapun hendaklah kamu berhati-hati dan berwaspada..kerana waspada itu senjata utama untuk mencegah diri daripada tertipu..semoga iktibar dapat diambil dari kisah Nurul Zakiah Hidayah Azman ini..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...