Betol-betol Bangang! Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’!

Oleh Kaki Wayang on


Khalwat Siap Bawa Anak Untuk 'Cover Line'

Seorang ibu yang membawa anaknya berusia setahun dicekup berkhalwat bersama pasangannya dalam satu Operasi Cegah Maksiat Ambang Tahun Baru di sebuah bilik hotel bajet di sini, lewat pagi semalam. Malah, pasangannya yang berstatus duda yang turut membawa anaknya berusia lima tahun di dalam bilik berkenaan.
Pada awal siasatan, pasangan itu mengaku sebagai pasangan suami isteri, tetapi helah itu tidak menjadi selepas mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perkahwinan yang sah.

Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Kluang, Anuar Kosnin berkata, pasangan terbabit mengambil masa hampir 20 minit untuk membuka pintu.

“Sebaik pintu dibuka, duda berusia 29 tahun itu dilihat hanya memakai seluar pendek dan kemeja yang tidak berbutang, sementara ibu muda berusia 24 tahun itu memakai seluar ketat serta kemeja T di samping anak masing-masing yang tidur di atas katil.

“Mereka memberi alasan keletihan dan hanya singgah berehat di hotel berkenaan sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Pahat dai Pahang.

 “Bagaimanapun, mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas mengaku tidak mempunyai ikatan sah suami isteri serta akan berkahwin tidak lama lagi,” katanya kepada Sinar Harian, awal pagi semalam.

Dalam operasi yang dijalankan bersama anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Cawangan Penyiasatan Khas Kem Mahkota, tiga pasangan lain termasuk dua pasangan warganegara Indonesia turut ditahan.

Kesemua pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1)(a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor menasihatkan penduduk beragama Islam di daerah ini sentiasa menjaga maruah diri dan tidak hanya mengikut nafsu.

“Kita melakukan operasi sepanjang masa dan orang ramai boleh hubungi talian bebas tol 1800-88-3072 yang dibuka 24 jam bagi melaporkan kejadian maksiat di seluruh negeri ini,” katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...